Legenda Puteri Qaseh

  • Klasik
    Fiksyen Fantasi
Berdasarkan daripada
Novel 'Rampas Cintamu'PengarahUmi Salwana (Musim 1) Shamyl Othman (Musim 2)
Dibintangi oleh
  • Qasrina Karim
  • Hun Haqeem
  • Dini Schatzmann
  • Daniel Fong
  • Bella Dowanna
  • Ozlynn
  • Chelsia Ng
  • Aziz M Osman
  • Datin Lisa Surihani
  • Datuk Yusry Abdul Halim
Negara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan musim2Bilangan episod17
Syarikat penerbitan
Red CommunicationsPenyiaranSaluran asalAstro CeriaFormat gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal9 Januari 2023 – 6 Mac 2023KronologiDiikuti olehLegenda Puteri Qaseh 2

Legenda Puteri Qaseh [1] adalah sebuah drama Astro Ceria arahan Umi salwana, dibintangi oleh Qasrina Karim, Norman Hakim dan Datuk Yusry Abdul Halim. Musim pertama drama bersiri 9 episod ini memulakan tayangan perdana di Astro Ceria pada 9 Januari 2023. Drama ini disiarkan setiap Isnin, 9 malam di Astro Ceria. Musim kedua bersiri 8 episod ini bakal ditayangkan pada 22 Julai 2024, setiap Isnin, 9 malam di Astro Ceria.[2]

Sinopsis

Musim 1 (2022) - 9 episod

Alkisah di kerajaan Kayajaya, seorang gadis kampung yang baik hati menyedari bahawa dia adalah pewaris takhta yang sah dan mesti segera mempelajari adat-istiadat untuk menjadi seorang permaisuri.

Musim 2 (2024) - 8 episod

Sebagai permaisuri Kayajaya yang baharu, Puteri Qaseh berhasrat untuk memakmurkan dan memajukan Kayajaya. Namun halangan demi halangan perlu di tempuhi oleh Qaseh demi untuk memastikan rakyatnya bebas dari "Wabak Achum" dan tahktanya tidak dirampas. Nyawa rakyat dan ekonomi terancam, malah kelayakan Qaseh sebagai pemerintah dipersoalkan rakyat. Qaseh merentas hutan dan lautan untuk mendapatkan bantuan Permaisuri Baiduri dan Putera Amal dari kerajaan Nusaria untuk menghasilkan penawar Wabak Achum. Tanpa disedari, hati Qaseh terpaut kepada seseorang yang tidak disangka, sedangkan musuh lamanya Andika sudah kembali dan bersekongkol dengan Raja Sulong untuk menggulingkan Qaseh.

Pelakon

Pelakon Watak Musim 1 Musim 2
Qasrina Karim Puteri Qaseh
Daniel Fong Laksamana Andika
Hun Haqeem Wan
Dini Schatzmann Putera Amal
Bella Dowanna Laila
Ozlynn Permaisuri Baiduri
Satthiya Randi Zaindaya
Norman Hakim Raja Sulung
Datin Lisa Surihani Permaisuri Kalsom
Datuk Yusry Abdul Halim Raja Budi
Aziz M. Osman Hidayat (Ayah kepada Puteri Qaseh)
Chew Kin Wah Tabib Chan Teik Tak
Chelsia Ng Che Sri Lee Za

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 ContentAsia Awards Bronze - Best Kids TV Programme Made in Asia Red Communications

Astro Malaysia

Menang
2023 Asian Creative Academy Awards National Winner - Best Children's Programme (One off/Series) Red Communications

Astro Malaysia

Menang

Rujukan

  1. ^ "Legenda Puteri Qaseh". Kepala Bergetar. Dicapai pada 1 March 2023.
  2. ^ "Legenda Puteri Qaseh 2 Tampilkan Hun Haqeem & Dini Schatzmann". gempak.com. Dicapai pada 2024-07-19.