Laila dan Majnun

Majnun di hutan

Laila dan Majnun, juga dikenali sebagai Laila dan Lelaki Gila (Arab: مجنون ليلىcode: ar is deprecated , Majnun-Layla atau قيس وليلىcode: ar is deprecated , Qays dan Layla) ialah cerita cinta klasik dari Timur Tengah. Ia berdasarkan kisah benar seorang pemuda bernama Qays ibn al-Mulawwah (Arab: قيس بن الملوحcode: ar is deprecated ) dari utara semenanjung Arab semasa era dinasti Umayyah pada abad ketujuh.[1]

Terdapat dua versi cerita ini.[2] Menurut versi pertama, pemuda ini menghabiskan masanya menggembala kambing bersama sepupunya Laila semenjak kecil sehingga berputik cinta. Dalam versi kedua pula, ia merupakan cinta pandang pertama. Dalam kedua-dua versi, pemuda ini menjadi gila apabila ayah Laila melarangnya mengahwini Laila. Atas sebab ini, pemuda ini dipanggil Majnun Laila yang bermaksud menjadi gila kerana Laila. Daripada pemuda inilah dikatakan lahirnya pelbagai syair Arab yang menggambarkan gelora cinta antara pasangan kekasih.

  • Cerita ini telah menjadi tumpuan banyak filem Bollywood bermula tahun 1920-an, termasuklah Laila Majnun (1976).
  • Kisah ini dikatakan merupakan karya pertama yang difilemkan sebagai filem Melayu pertama sebagai filem Laila Majnun (1933).
  • Lagu "Syair Laila Majnun', oleh Ramli Sarip
  • Lagu "Kasihnya Laila", oleh Jinbara
  • Lagu Mimpi Laila oleh Yasin Sulaiman
  • Lagu "Lagu Untuk Laila", oleh Akim & The Majistret
  • Lagu "Empati", oleh TujuLoca (Tuju K-clique dan Loca B)
  • Lagu "Laila Majnun", oleh One Path menampilkan Nazrey Johani

Lihat juga

  • Yusuf dan Zulaikha

Rujukan

  1. ^ Sunrise (Jun/Julai 2000), Theosophical University Press: "Follow Your Heart: The Story of Layla and Majnun", oleh J. T. Coker
  2. ^ ArtArena: "Layli and Madjnun: The Original Legend in Arabic Literature"