Kobalt tetrakarbonil hidrida

Kobalt tetrakarbonil hidrida
Nama
Nama lain
kobalt hidrokarbonil
tetrakarbonilhidridokobalt, tetrakarbonilhidrokobalt
Pengecam
No. Pendaftaran CAS
  • 16842-03-8 ☑Y
ECHA InfoCard 100.290.757
PubChem CID
  • 61848
CompTox Dashboard (EPA)
  • DTXSID70937490 Sunting ini di Wikidata
Sifat
Formula kimia
C4HCoO4
Jisim molar 171.98 g/mol
Rupa bentuk Cecair kuning terang
Takat lebur −33 °C (−27 °F; 240 K)
Takat didih 47 °C (117 °F; 320 K)
Keterlarutan dalam air
Separa
Keterlarutan boleh larut dalam heksana, toluena, etanol
Keasidan (pKa) 8.5
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu: ☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Kobalt tetrakarbonil hidrida ialah sebatian organologam dengan formula HCo(CO)4. Ia ialah cecair kuning yang membentuk wap tidak berwarna dan mempunyai bau yang tidak menyenangkan.[1] Kegunaan utamanya ialah sebagai pemangkin dalam penghidroformilan.

Struktur dan ciri-ciri

HCo(CO)4 ialah molekul dwipirimid trigonal. Ligand hidrida menduduki salah satu kedudukan paksi, oleh itu simetri molekul ini ialah C3v.[2] Jarak ikatan Co-CO dan Co-H masing-masing ialah 1.764 dan 1.556 Å, dan ia ditentukan oleh belauan elektron fasa gas.[3] Keadaan pengoksidaan kobalt dalam sebatian ini ialah +1.

Seperti hidrida karbonil logam yang lain, HCo(CO)4 bersifat asid, dengan pKa 8.5.[4] HCo(CO)4 cair pada suhu -33 °C dan pada suhu yang lebih tinggi, ia mereput kepada Co2(CO)8 dan H2.[1] Ia melalui penggantian dengan fosfina tertier. Misalnya, trifenilfosfina menghasilkan HCo(CO)3PPh3 dan HCo(CO)2(PPh3)2. Bahan terbitan ini lebih stabil daripada HCo(CO)4 dan digunakan dalam industri.[5] Bahan terbitan ini juga secara umumnya kurang berasid daripada HCo(CO)4.[4]

Penyediaan

Kobalt tetrakarbonil hidrida pertama kali disebut oleh Heiber pada awal 1930-an.[6] Ia merupakan hidrida logam peralihan kedua yang ditemui selepas H2Fe(CO)4. Ia disediakan dengan menurunkan Co2(CO)8 dengan amalgam natrium atau bahan penurun yang serupa dan diikuti dengan pengasidan.[2]

Co2(CO)8 + 2 Na → 2 NaCo(CO)4
NaCo(CO)4 + H+ → HCo(CO)4 + Na+

Oleh sebab HCo(CO)4 mereput dengan sedianya, ia biasanya dihasilkan in situ melalui penghidrogenan Co2(CO)8.[5]

Co2(CO)8 + H2 adalah dalam keseimbangan dengan 2 HCo(CO)4

Parameter termodinamik bagi tindak balas keseimbangan di atas ialah ΔH = 4.054 kcal mol-1, ΔS = -3.067 cal mol-1 K-1, dan ia ditentukan oleh spektroskopi inframerah.[5]

Kegunaan

Kobalt tetrakarbonil hidrida merupakan hidrida logam peralihan pertama yang digunakan dalam industri.[7] Pada 1953, bukti telah didedahkan bahawa bahan ini merupakan pemangkin aktif bagi penukaran alkena, CO dan H2 kepada aldehida, satu proses yang dikenali sebagai penghidroformilan (tindak balas okso).[8] Walaupun penggunaan penghidroformilan berasaskan kobalt telah banyak digantikan dengan pemangkin berasaskan rodium, pengeluaran aldehida C3-C18 dunia yang dihasilkan dengan pemangkinan kobalt tetrakarbonil hidrida ialah kira-kira 100,000 tan/tahun, kira-kira 2% jumlah keseluruhan.[7]

Rujukan

  1. ^ a b doi:10.1002/047084289X.rs105
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  2. ^ a b doi:10.1002/14356007.a07_281.pub2
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  3. ^ doi:10.1021/ja00461a011
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  4. ^ a b doi:10.1021/ja00269a022
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  5. ^ a b c M. Pfeffer, M. Grellier "Cobalt Organometallics" in Comprehensive Organometallic Chemistry III, 2007, Elsevier.doi:10.1016/B0-08-045047-4/00096-0
  6. ^ doi:10.1002/cber.19320650709
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  7. ^ a b doi:10.1002/14356007.a13_199
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  8. ^ I. Wender , H. W. Sternberg , M. Orchin "Evidence for Cobalt Hydrocarbonyl as the Hydroformylation Catalyst" J. Am. Chem. Soc., 1953, vol. 75, pp 3041–3042. DOI:10.1021/ja01108a528
  • l
  • b
  • s
Sebatian hidrogen
H3AsO3 • H3AsO4HAt • HSO3F • HBF4HBrHBrO • HBrO2 • HBrO3 • HBrO4HClHClO • HClO2 • HClO3 • HClO4HCNHCNO • H2CrO4/H2Cr2O7 • H2CO3 • H2CS3HFHI • HIO • HIO2 • HIO3 • HIO4 • H2MoO4 • HNC • HNCO • HNO • HNO3 • H2N2O2 • HNO5S • H3NSO3HOF • H2O • H2O2 • H2O3 • H3PO2 • H3PO3 • H3PO4 • H4P2O7 • H5P3O10 • H2PtCl6 • H2S • H2Se • H2SeO3 • H2SeO4 • H4SiO4 • H2SiF6 • H2SO3 • H2SO4 • H2SO5 • H2S2O3 • H2S2O6 • H2S2O7 • H2S2O8 • CF3SO3H • H2Te • H2TeO3 • H6TeO6 • H4TiO4 • H2Po • H3VO4 • HCo(CO)4