Kimera

Tikus kimera dengan anaknya

Kimera atau dalam bahasa Inggeris chimera (Bahasa Yunani Kuno: Χίμαιραcode: grc is deprecated , Khímairacode: grc is deprecated ) ialah organisma yang berasal daripada individu yang berlainan, atau terdiri daripada tisu yang mempunyai dua genotip yang berlainan.[1] Manakala Mozek (Mosaic) ialah organisma yang berasal daripada embrio yang sama tetapi mempunyai tisu yang berlainan gen. Ini berpunca daripada proses mutasi atau kromosom tidak normal yang muncul pada perkembangan awal embrio.

Kekerapan kimera dan mozek pada manusia tidak ketahui tetapi hampir sebahagian mamalia merupakan sejenis mozek.

Kimerisme Manusia

Kimerisme manusia mula diketahui semenjak penemuan pengelasan jenis darah, yang mana sesetengah manusia mempunyai dua jenis darah yang berbeza. Kebanyakannya merupakan kimera darah, iaitu pasangan kembar tak seiras yang berkongsi bekalan darah di dalam rahim.[2][3]

Embrio kembar selalunya berkongsi bekalan darah di plasenta, membenarkan sel tunjang (stem cell) untuk bergerak daripada satu embrio ke embrio yang lain dan melekat pada sum sum tulang embrio tersebut. Akibatnya hampir 8% kembar tidak seiras mempunyai darah kimera.

Mikrokimerisme pula berlaku apabila darah membawa sel-sel darah asing yang mungkin berpunca daripada bekalan darah daripada plasenta ibu ke fetus, atau pemindahan darah. Sesetengah penyelidik berpendapat kehadiran sel darah putih asing mungkin boleh membantu dalam menerangkan punca sakit autoimunisasi, yang mana sistem imun menyerang tisu badan sendiri.

Kimera yang sebenar sangat jarang berlaku. Kimera boleh terbentuk apabila dua embrio berlainan bergabung sebaik sahaja selepas persenyawaan. Kimera agak sukar dikenal pasti. Contoh kimera ialah individu yang mengalami hermafroditisme atau biasanya dipanggil khunsa.

Kemozekan

Kemozekan atau Mosaicism lebih biasa berlaku pada manusia. Mozek manusia berlaku apabila kesilapan semasa pembahagian sel (1) menghalang kromosom berpisah pada bilangan yang tepat (untuk setiap setiap sel), atau (2) menyebabkan mutasi pada gen sel tunggal. Jika ini berlaku pada satu daripada pembahagian pertama sel selepas pensenyawaan, sebahagian besar sel akan mewarisi kecacatan yang sama.

Kesan kesan daripada kemozekan ialah penyakit kulit bertompok. Kepelbagaian sifat pada pigmen kulit menyebabkan corak yang dipanggil Garisan Blaschko, termasuk jalur jalur berbentuk V yang kadang kala hanya boleh dilihat dengan sinaran ultra ungu.

Lihat juga

Kimera atau dalam bahasa Inggeris Chimera merupakan binatang purba dalam mitodologi Yunani yang mempunyai bahagian badan daripada singa, kambing dan naga.

Rujukan

  1. ^ Friedman, Lauren. "The Stranger-Than-Fiction Story Of A Woman Who Was Her Own Twin". Dicapai pada 4 August 2014.
  2. ^ Norton, Aaron; Ozzie Zehner (2008). "Which Half Is Mommy?: Tetragametic Chimerism and Trans-Subjectivity". Women's Studies Quarterly. Fall/Winter: 106–127.
  3. ^ Boklage, C.E. How New Humans Are Made. Hackensack, NJ; London: World Scientific Publishing Co. Pte. Ltd; 2010

Bacaan lanjut

  • Yu N, Kruskall MS, Yunis JJ, Knoll JH, Uhl L, Alosco S, Ohashi M, Clavijo O, Husain Z, Yunis EJ, Yunis JJ, Yunis EJ (2002). "Disputed maternity leading to identification of tetragametic chimerism". N Engl J Med. 346 (20): 1545–52. doi:10.1056/NEJMoa013452. PMID 12015394.
  • Appel, Jacob M. "The Monster's Law", Genewatch, Volume 19, Number 2, March–April 2007.
  • Nelson, J. Lee (Scientific American, February 2008). Your Cells Are My Cells
  • Weiss, Rick (August 14, 2003). Cloning yields human-rabbit hybrid embryo Diarkibkan 2012-10-25 di Wayback Machine. The Washington Post.
  • Weiss, Rick (February 13, 2005). U.S. Denies Patent for a too-human hybrid. The Washington Post.
  • L. M. Repas-Humpe; A. Humpe; R. Lynen; B. Glock; E. M. Dauber; G. Simson; W. R. Mayr; M. Köhler; S. Eber (1999). "A Dispermic Chimerism in a 2-year-old Caucasian Boy". Annals of Hematology. 78 (9): 431–434. doi:10.1007/s002770050543.
  • Strain, Lisa; Dean, John C.S.; Hamilton, Mark P.R.; Bonthron, David T. (1998). "A True Hermaphrodite Chimera Resulting from Embryo Amalgamation after in Vitro Fertilization". New England Journal of Medicine. 338 (3): 166–9. doi:10.1056/NEJM199801153380305. PMID 9428825.
  • Jones, David Albert; MacKellar, Calum, penyunting (2012). Chimera’s Children: Ethical, Philosophical and Religious Perspectives on Human-Nonhuman Experimentation. London: Continuum Books. ISBN 9781441195807.

Pautan luar

  • Kimera dan mozek
  • Haiwan mozek dan kimera Diarkibkan 2006-03-30 di Wayback Machine
  • Kimera genetik Diarkibkan 2006-02-08 di Wayback Machine
  • Chimerism Explained
  • Chimerism and cellular mosaicism, Genetic Home Reference, U.S. National Library of Medicine, National Institute of Health.
  • Chimera: Apical Origin, Ontogeny and Consideration in Propagation
  • Plant Chimeras in Tissue Culture
  • Ainsworth, Claire (November 15, 2003). The Stranger Within Diarkibkan 2008-10-22 di Wayback Machine. New Scientist (subscription). (Reprinted here [1])