Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 UEFA Kumpulan E merupakan peringkat kelayakan untuk layak ke Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Kumpulan ini terdapat pasukan Norway, Slovenia, Switzerland, Albania, Cyprus dan Iceland.
Juara kumpulan, Switzerland telah mengesahkan tiket ke Piala Dunia FIFA 2014. Iceland yang hanya menduduki tempat kedua perlu bertanding bersama lapan pasukan naib juara terbaik dalam perlawanan play-off menentang Croatia dengan dua perlawanan.[1] Walau bagaimanapun, Iceland gagal untuk layak selepas seri pada perlawanan pertama dan tewas pada perlawanan kedua.
Satu mesyuarat telah diadakan di Zurich, Switzerland pada 22 November 2011 untuk membincangkan tentang jadual perlawanan. Para perwakilan gagal mencapai persetujuan mengenai jadual perlawanan, dan akhirnya ditentukan melalui cabutan secara rawak pada akhir mesyuarat itu.[2]
^name="UEFA Draw">"2014 FIFA World Cup Brazil – Preliminary Competition Format and Draw Procedures – European Zone" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 29 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-10-15. Dicapai pada 23 January 2012.
^"Po žrebu najprej s Švico in Norveško" (dalam bahasa Slovenian). nzs.si. 22 November 2011. Dicapai pada 22 November 2011. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)