Kampung Lumapas

Kampung Lumapas yang terletak di Brunei
Kampung Lumapas
Lokasi di Brunei
Koordinat: 4°49′22″N 114°54′36″E / 4.8228°N 114.9099°E / 4.8228; 114.9099Koordinat: 4°49′22″N 114°54′36″E / 4.8228°N 114.9099°E / 4.8228; 114.9099NegaraBruneiDaerahBrunei dan MuaraMukimLumapasPenduduk
 (2016)[1]
 • Jumlah2,709Zon waktuUTC+8 (BNT)Poskod
BJ3324

Kampung Lumapas ialah sebuah kampung dalam Mukim Lumapas di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Poskod bagi Kampung Lumapas ialah BR1926.[2]

Geografi

Kampung Lumapas terletak di bahagian selatan Daerah Brunei dan Muara iaitu salah satu daerah di Brunei. Ia juga terletak di bahagian selatan pinggir ibu negara Bandar Seri Begawan. Kampung Lumapas berjiran dengan Kampung Kilugus, Kampung Panchor dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kilugus di bahagian utara, dan Kampung Junjongan di bahagian barat. Ia juga bersempadan dengan Daerah Limbang dalam negeri Sarawak, Malaysia di bahagian selatan.

Pentadbiran

Kampung Lumapas ditadbir oleh dua orang ketua kampung. Ketua Kampung Lumapas 'A' mentadbir kawasan-kawasan Kampung Buang Tekurok, Kampung Bukit Bunga, Kampung Kilugus, Kampung Membarong, Kampung Panchor, Kampung Sengkirap, dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kilugus,[3] sementara Ketua Kampung Lumapas 'B' mentadbir kawasan Kampung Lumapas.

Infrastruktur

Terdapat sebuah sekolah rendah kerajaan dan sebuah sekolah ugama di Kampung Lumapas.

Kampung Lumapas juga mempunyai sebuah masjid: Masjid Kampong Lumapas mula dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun berikutnya.[4] Masjid ini dapat menampung kira-kira 700 orang jemaah.[4]

Terdapat juga sebuah pejabat pos di Kampung Lumapas.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 21 Jun 2021.
  2. ^ "Buku Panduan Poskod Negara Brunei Darussalam [Edisi Kedua]" (PDF). post.gov.bn. m/s. 21. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-10-16. Dicapai pada 27 Oktober 2018.
  3. ^ Abd. Karim, Hezlinawati; Wan Ahmadi, Wan Mohamad Sahran; Abas, Nooratini (27 Oktober 2010). "Interaksi raja bersama rakyat" (PDF). Pelita Brunei. Dicapai pada 27 Oktober 2018.
  4. ^ a b "SenaraiMasjid - Masjid Kampong Lumapas". www.kheu.gov.bn. Dicapai pada 27 Oktober 2018.


  • l
  • b
  • s