Jalan Negeri Kedah K361

K361
Jalan Negeri Kedah K361
Jalan Kampung Bohor
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kota Setar
Panjang1.72 km[1] (1.07 mi)
Simpang utama
Hujung barat FT175 di Kampung Bohor
Hujung timurK353 K353 di Kampung Dalam Kota
Lokasi
Destinasi
utama
  • Kampung Hutan Kandis
  • Kampung Hutan Keriang
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K361 (Jalan Kampung Bohor) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian timur laut Daerah Kota Setar, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kota Setar. K361 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.72 kilometer (1.1 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Bohor di barat dengan Kampung Dalam Kota di timur.[3]

Gambaran keseluruhan

Jalan Kampung Bohor (Jalan Negeri K361), bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Bohor dekat simpang tiga Jalan Hutan Kampung (Jalan Persekutuan 175, sebelum ini dikenali sebagai Jalan Negeri K5), berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Bohor. Permulaan jajaran K361 bermula di Mukim Hutan Kampung, salah satu mukim dalam Daerah Kota Setar. Seterusnya, K361 akan melintas dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (E1). Perlintasan ini telah membuat sempadan antara Mukim Hutan Kampung dengan Mukim Lepai. Jajaran K361 di Mukim Lepai kebanyakannya akan melalui kawasan sawah padi yang ditanam di Kampung Hutan Kandis dan Kampung Hutan Keriang. Di Kampung Hutan Kandis, terdapat banyak simpang kecil jalan kampung menuju ke rumah-rumah penduduk, namun tiada persilangan dengan jalan raya utama di sini. Lalu, ia akan melintas sebatang tali air, dan tamat di Kampung Dalam Kota, di simpang empat Jalan Langgar–Sungai Mati (Jalan Negeri K353) dan sebatang jalan kampung ke Kampung Kubang Tampang.[3][4]

Secara keseluruhannya, Jalan Kampung Bohor atau K361 sebahagian besarnya terletak di Mukim Lepai, manakala selebihnya di Mukim Hutan Kampung. K361 juga merupakan jalan raya tunggal barat-timur dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia oleh JKR Kota Setar, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4]

Persimpangan utama

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kota Setar, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Bohor0.0 FT175 – Pusat Bandar (Alor Setar), Kepala Batas, ChanglunPenghujung barat
Kampung Dalam Kota1.7K353 K353 – Kampung Bukit Pinang, Langgar, Kampung Kubang TampangPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kota Setar/Padang Terap/Pokok Sena" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kota Setar/Padang Terap, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 Julai 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  • l
  • b
  • s
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah
Sebahagian daripada Sistem Jalan Negeri Malaysia
Laluan sedia ada
100-199
200-299
300-399
400-499
500-599
600-699
700-799
800-899
900-999
Mengikut daerah
  • Baling
  • Bandar Baharu
  • Kota Setar
  • Kuala Muda
  • Kubang Pasu
  • Kulim
  • Langkawi
  • Padang Terap
  • Pendang
  • Sik
  • Yan
Penyelenggaran
Kategori Kategori • Laman Commons Gambar • Laman WikiProject WikiProjek