Jabatan Amal Malaysia

Jabatan Amal Malaysia
Kerangka
Jenis/bentuk sahPertubuhan Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk16 Februari 1990; 34 tahun yang lalu (1990-02-16)
PengasasMuhamad Deraman (pengarah pertama, 1991-1992)
Pengurusan
Ketua PengarahRosazli Md Yasin
Organisasi indukDewan Pemuda PAS
GabunganDewan Pemuda PAS Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Lokasi
  • Malaysia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jabatan Amal Malaysia atau pernah dikenali sebagai “Unit Amal” merupakan salah satu jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia. Jabatan Amal ini berfungsi sebagai sebuah pasukan kebajikan sukarela beruniform yang dianggotai oleh pemuda dan ahli Parti Islam Se-Malaysia. Penubuhan Unit Amal adalah selaras dengan keperluan dan kehendak anak muda masa kini yang sentiasa ingin melibatkan diri dalam masayarakat dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawan dan kebajikan.

Sejarah Penubuhan

Penubuhan jabatan ini bermula pada tahun 1991. Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat sesi 1989/91. Ia kemudiannya disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja DPP Pusat kali ke-4 pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform.

Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajikan dan Rekreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu[1]. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu pada masa itu merangkap Ahli Majlis Syura Ulamak PAS. Jambori pertama kali ini telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 851 anggota dari seluruh negeri.

Bermula Februari 2006, Unit Amal telah dianugerahkan pakaian rasmi baru berwarna merah terang. Majlis penyampaian penganugerahan pakaian rasmi ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, YAB Dato’ Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan

Unit Amal Malaysia telah dinaik taraf kepada Jabatan Amal Malaysia pada tahun 2007 dan menggunakan logo yang baru.

Ketua Pengarah

Bil Nama Tahun Khdmat
1 Muhamad Deraman 1991 – 1992
2 Hussin Ismail 1992 – 2002
3 Jamuliddin Elias 2002 – 2005
4 Jamsari Marsom 2005 – 2011
6 Juhari Osman 2011 – 2015
6 Mohd Nazree Mohd Aris 2015 – 2019
7 Norazman Ishak 2019 – 2021
8 Hanafi Zulkapli 2021 – 2023
9 Rosazli Md Yasin 2023 – kini

Peranan

Jabatan Amal Malaysia terlibat dalam khidmat masyarakat seperti membantu mangsa kebakaran, banjir besar dan sebagainya. Jolokan “Semut Merah"[2] telah diberikan kepada mereka ketika rakyat Johor ditimpa musibah banjir besar beberapa tahun lepas, Unit Amal turun membantu dan menjalankan tugas-tugas penyelamat. Bencana Banjir besar yang melibatkan beberapa negeri di Pantai Timur baru-baru ini telah menyebabkan ramai penduduk yang terputus bekalan makanan, hilang tempat tinggal dan juga tiada keperluan asas untuk hidup

Sekali lagi Unit Amal diberi kepercayaan oleh Masyarakat dan pelbagai NGO[3] untuk turun dan bantu mangsa-mangsa banjir. Bantuan yang disalurkan oleh badan-badan NGO, melalui bantuan Unit Amal ini melibatkan pengagihan makanan, minuman dan juga pakaian kepada penduduk setempat.

Selain itu, Unit Amal juga terlibat membantu penduduk di semua tempat yang mengalami bencana ribut dengan membantu penduduk membaiki dan membina rumah-rumah mangsa akibat dilanda banjir, hujan yang lebat berserta angin yang kuat. Kerja-kerja khidmat masyarakat lain seperti gotong royong bersama masyarakat setempat juga antara objektif awal penubuhan Unit Amal ini.[4]

Selain itu Unit Amal juga seringkali dilihat bertugas menjaga lalulintas jalan raya semasa ceramah, muktamar PAS atau perhimpunan diadakan. Dengan pakaian rasmi mereka t-shirt dengan beret berwarna merah hati / maroon mereka kelihatan segak bertugas dalam memastikan keselamatan ahli-ahli PAS atau peserta himpunan dari mereka yang cuba mencetuskan rusuhan dan keganasan. Unit Amal menjadi harapan sebagai benteng keselamatan peserta himpunan dari sebarang keganasan dan provokasi.

Isu berkaitan

Derma darah besar-besaran

Jabatan Amal Malaysia telah menganjurkan program derma darah berskala besar di seluruh negeri di Malaysia sepanjang bulan Januari di mana 15,16 dan 17 Januari 2021 sebagai tarikh rasmi. Diberi nama Amal Mega Blood Donation 2021, objektif utama program adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di samping dapat mengelak salah tanggapan sesetengah pihak berkaitan kesan menderma darah kepada diri atau tubuh manusia.Program kerjasama Pusat Darah Negara dilangsungkan dalam suasana perintah kawalan pergerakan sedang berkuat kuasa di Malaysia[5]. Bertemakan Semarak Kasih Amal, program ini berjaya mengumpulkan sebanyak 5351 beg darah dalam masa 3 hari(15,16 dan 17 Januari 2021) dan jumlah keseluruhan sebanyak 5775 beg darah bagi sepanjang kempen bulan Januari.

Rujukan

  1. ^ http://www.profesionalistiqamah.com/jabatan-amal-tulang-belakang-pas/
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-15. Dicapai pada 2016-05-01.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-24. Dicapai pada 2016-05-01.
  4. ^ http://pemuda.pas.org.my/index.php/kenyataan-media/929-usah-disekat-keinginan-rakyat-sambut-merdeka
  5. ^ BERNAMA (16 Januari 2021). "Amal Malaysia targets 5,000 bags of blood through nationwide campaign". BERNAMA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-16. Dicapai pada 17 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  • l
  • b
  • s
Parti Islam Se-Malaysia
Parti komponen Perikatan Nasional
Mursyidul Am
Timbalan Mursyidul Am
Setiausaha
Ahli
Lantikan Jawatankuasa Pusat
Lantikan Dewan Ulamak
Lantikan Dewan Muslimat
Lantikan Dewan Pemuda
Lantikan Majlis Syura
Jawatankuasa Harian Pusat
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Dewan
Setiausaha Agung
Penolong Setiausaha
Bendahari
Ketua Penerangan
Ketua Pilihan Raya
Jawatankuasa Kerja Pusat
Dipilih
Dilantik
Muktamar Tahunan
Pengerusi Tetap
Timbalan Pengerusi Tetap
Kepimpinan utama
Dewan-Dewan
   

Dewan Ulamak PAS Pusat
Ketua: Ahmad Yahaya
Timbalan Ketua: Zulkifli Ismail
Naib Ketua: Khirul Muntanazar Ismail

Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ketua: Afnan Hamimi Taib Azamudden
Timbalan Ketua: Mohd Hafez Sabri
Naib Ketua: Muhammad Hanif Jamaluddin

Dewan Muslimat PAS Malaysia
Ketua: Nuridah Mohd Salleh
Timbalan Ketua: Rosni Adam
Naib Ketua: Salamiah Mohd Nor

Dewan Himpunan Pendukung PAS Malaysia
Ketua: Balasubramaniam Nachiappan
Naib Ketua: Deepakaran Karuppiah

Perhubungan Negeri
   

Johor
Pesuruhjaya: Abdullah Husin
Ketua Ulamak: Azlisham Azahar
Ketua Pemuda: Ahmad Nawfal Mahfodz
Ketua Muslimat: Zakiah Tukirin

Kedah
Pesuruhjaya: Ahmad Yahaya
Ketua Ulamak: Mohamad Rodi Abdul Rahman
Ketua Pemuda: Nasrun Othman
Ketua Muslimat: Siti Ashah Ghazali

Kelantan
Pesuruhjaya: Ahmad Yakob
Ketua Ulamak: Hassan Mohamood
Ketua Pemuda: Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Muslimat: Siti Zailah Mohd Yusoff

Melaka
Pesuruhjaya: Zulkifli Ismail
Ketua Ulamak: Md Khairi Abdul Aziz
Ketua Pemuda: Zulhilmi Suboh
Ketua Muslimat: Kintan Man

Negeri Sembilan
Pesuruhjaya: Rafiei Mustapha
Ketua Ulamak: Mohd Nazri Md Yusof
Ketua Pemuda: Mahfuz Roslan
Ketua Muslimat: Masita Mohamed Ali

Pahang
Pesuruhjaya: Rosli Abdul Jabar
Ketua Ulamak: Zuridan Mohd Daud
Ketua Pemuda: Mohd Zarimi Abu Zih
Ketua Muslimat: Salamiah Mohd Nor

Perak
Pesuruhjaya: Razman Zakaria
Ketua Ulamak: Ibrahim Zakaria
Ketua Pemuda: Mohd Hafez Sabri
Ketua Muslimat: Najihatussalehah Ahmad

Perlis
Pesuruhjaya: Mohd Shukri Ramli
Ketua Ulamak: Idris Yaacob
Ketua Pemuda: Haziq Asyraf Dun
Ketua Muslimat: Nor Shahirah Mat Salleh

Pulau Pinang
Pesuruhjaya: Muhammad Fauzi Yusoff
Ketua Ulamak: Ahmad Tajudin Abu Bakar
Ketua Pemuda: Zulzalee Ariffin
Ketua Muslimat: Maziah Khamis

Sabah
Pesuruhjaya: Aliakbar Gulasan
Ketua Ulamak: Adsman Jupri
Ketua Pemuda: Hendri Hamsah
Ketua Muslimat: Norsah Bongsu

Sarawak
Pesuruhjaya: Jofri Jaraiee
Ketua Ulamak: Abdul Halim Abdul Kadir
Ketua Pemuda: Sahrul Khair Osman
Ketua Muslimat: Julia Muhammad

Selangor
Pesuruhjaya: Ab Halim Tamuri
Ketua Ulamak: Mohd Zamri Mohd Zainuldin
Ketua Pemuda: Mohamed Sukri Omar
Ketua Muslimat: Wan Hasrina Wan Hassan

Terengganu
Pesuruhjaya: Husain Awang
Ketua Ulamak: Ismail Osman
Ketua Pemuda: Mohd Harun Esa
Ketua Muslimat: Zarani Othman

Wilayah Persekutuan
Pesuruhjaya: Azhar Yahya
Ketua Ulamak: Azahar Yaakub
Ketua Pemuda: Azmer Syazwan Ahmad Suparmin
Ketua Muslimat: Nuridah Mohd Salleh

Kerajaan Persekutuan
Parlimen Malaysia
Dewan Rakyat
Pembangkang
Dewan Negara
Lantikan Negeri
Kelantan
Terengganu
Kedah
Dewan Undangan Negeri
Kelantan
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Timbalan Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Terengganu
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Dipilih
Kedah
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Perlis
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Sabah
Penyokong Kerajaan
Dilantik
Perak
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Pahang
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Pulau Pinang
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Selangor
Pembangkang
Johor
Pembangkang
Negeri Sembilan
Pembangkang
Bekas pemimpin utama
Mursyidul Am
Presiden
Timbalan Presiden
Entiti parti
Sayap parti (Dewan)
Badan pemikir
Pendidikan
Pengajian jangka panjang
Pengajian tinggi
Peringkat menengah
Peringkat rendah
Peringkat kecil
Media
Lain-lain
Berkaitan
  • Badan isteri wakil rakyat
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Kedah
    • Perlis
  • Soutul Amal
Hubungan parti politik
Gabungan politik
Terkini
Parti/gabungan kerjasama
Terkini
Parti dan entiti serpihan
Kategori Kategori