Harris Baba
Harris Baba | |
---|---|
Kelahiran | Khawaja Mohammad Harris Baba (1991-12-08) 8 Disember 1991 (umur 32) Outram, Singapura |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, model |
Tahun aktif | 2015-kini |
Pasangan | Nik Naziha Zawawi @ Jiha (berkahwin 2016) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Faithful Music |
Khawaja Mohammad Harris Baba (Jawi: هرريس بابا; lahir 8 Disember 1991) merupakan penyanyi, model dan pelakon lelaki Singapura.[1] Beliau sekarang sedang aktif bergiat seni di Malaysia.[2]
Kehidupan awal
Harris dilahirkan pada 8 Disember 1991 di Singapura. Beliau mempunyai darah kacukan Pakistan, Melayu, Iran dan Cina.[3]
Kerjaya
Sebelum menjadi penyanyi di Malaysia, Harris Baba pernah menyertai pertandingan di Singapura iaitu The Final One pada tahun 2013. Namun, beliau hanya berjaya berada dalam pusingan Top 40.
Selepas itu, pada lewat 2014, beliau mula mendapat tawaran di Malaysia. Beliau mula melakukan peragaan dan mula berlakon pertama kalinya dalam telemovie bertajuk Cinta Viral sebagai watak utama yang digandingkan dengan Elfira Loy.[4]
Kehidupan peribadi
Pada tahun 2016, Harris Baba telah selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya iaitu Nik Naziha Zawawi atau nama singkatannya Jiha. Beliau dan isteri selamat di ijab kabulkan di Keningau, Sabah. [5]
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Isteri Tuan Ihsan | Dr. Zaim | Astro Ria | |
2018 | Geng Tadarus | Ziyad | TV2 | |
Seribu Rindu | Johan | TV3 | ||
2021 | Checklist Mr. Right | Zach |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Alien Planet Cinta [6] | Astro Ria | ||
2016 | Cinta Viral [7] | Sam | TV1 | |
2018 | Cinta Tanpa Syarat | Hafizul | ntv7 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Duo Star | Peserta | Astro Ria | Digandingkan dengan Ning Baizura |
2017 | Tersingkir pada Separuh Akhir. |
Diskografi
Single
Tahun | Tajuk | Kedudukan | Nota | |||
---|---|---|---|---|---|---|
ERA FM [8] | Hot FM [9] | Muzik Muzik [10] | JOOX [11] | |||
2016 | "Katakan" | — | — | — | — | |
2017 | "Parah" | — | — | — | — | |
2019 | "Love Me" | — | — | — | — | |
2020 | "Bagai Selalu" | — | — | — | — |
Videografi
Video muzik
Sebagai Artis Utama
Tahun | Tajuk | Durasi | Catatan |
---|---|---|---|
2016 | Katakan | 4:00 |
Video Lirik
Tahun | Tajuk | Durasi | Catatan |
---|---|---|---|
2016 | Katakan | 4:02 |
Rujukan
- ^ Harris Baba Berang Netizen Kritik Isteri
- ^ Azhan.co Biodata Harris Baba Dicapai 3 Mac 2017.
- ^ "Harris Baba Semakin Diminati". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-09. Dicapai pada 2017-04-07.
- ^ Star (8 Ogos 2016). Does Harris Baba doesn't want to be known as a Zayn Malik look alike ? (artikel Inggeris) Dicapai 3 Mac 2017
- ^ EH! (17 Mei 2016). Harris Baba Selamat Bergelar Suami Kepada Nik Naziha Zawawi Dicapai 3 Mac 2017.
- ^ Teh Sirap Sinopsis Telemovie Alien Planet Cinta Diarkibkan 2017-03-04 di Wayback Machine Dicapai 3 Mac 2017
- ^ My Info Taip (14 Februari 2016). Telefilem Cinta Viral (TV1) Dicapai 3 Mac 2017.
- ^ "Carta ERA 40". ERA FM.
- ^ "Hot FM 30". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-12. Dicapai pada 2017-03-03.
- ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik.
- ^ "Player Ranking". JOOX APP.
Pautan luar
- Harris Baba di Instagram