Hōnen Matsuri

Hōnen Matsuri
Hōnen Matsuri

Hōnen Matsuri (豊年祭code: ja is deprecated , "Pesta Menuai") adalah sebuah pesta yang disambut pada 15 Mac setiap tahun di Jepun. Hōnen bermaksud "tuaian yang kaya" dalam bahasa Jepun manakala Matsuri pula membawa erti "pesta". Pesta ini disambut bagi meraikan rahmat daripada hasil tuaian yang membawa kepada kekayaan dan kesuburan.

Tempat yang terkenal dalam merayakan pesta ini ialah di Komaki yang terletak di utara Bandar raya Nagoya. Ciri-ciri utama pesta ini ialah:

  • Apabila paderi Shinto memainkan alatan muzik.
  • Perarakan upacara sambutan.
  • Penduduk meminum sake sebanyaknya.
  • Kayu panjang setinggi 2.5 meter (96 inci) dan seberat 280 kilogram (620 paun).

Kayu tersebut dibawa daripada sebuah kuil dipanggil Shinmei Sha (bagi pesta yang disambut pada tahun genap) ke sebuah bukit yang besar atau daripada Kuil Kumano-sha (bagi tahun ganjil) ke kuil yang disebut sebagai Tagata Jinja.

Lihat juga

  • Kanamara Matsuri

Rujukan

  • Perihal pesta ini dalam Wikipedia Bahasa Inggeris

Pautan luar

  • Yamasa Institute Tagata Jinja - Laman Hounen Matsuri (Inggeris)
  • Mengenai sambutan ini
  • Gambar dan maklumat
  • Tagata Shrine Honen Festival 田縣神社 豊年祭 (Mengandungi banyak gambar yang menunjukkan upacara sambutan pesta itu)
  • Mengenai upacara
  • l
  • b
  • s