Gumuk pasir Tottori

Koordinat: 35°32′27.821″N 134°13′41.789″E / 35.54106139°N 134.22827472°E / 35.54106139; 134.22827472

Pemandangan daripada gumuk yang terbesar.
Gumuk pasir Tottori is located in Bumi
Gumuk pasir Tottori
Gumuk pasir Tottori (Bumi)

Gumuk pasir Tottori (Jepun: 鳥取砂丘とっとりさきゅう Tottori sakyū) merupakan sebuah gumuk pasir yang terletak di bandar raya Tottori di wilayah Tottori, Jepun. Pembentukan geologi unik ini telah menarik minat pelancong ke kawasan itu.

Gumuk pasir ini terbentuk daripada enapan-enapan yang dibawa dari Pergunungan Chūgoku oleh Sungai Sendai ke Laut Jepun. Arus laut dan angin membantu membawa pasir dari bawah ke atas pantai, di mana angin sentiasa mengubah bentuk gumuk pasir itu. Gumuk ini telah wujud lebih daripada 100,000 tahun dan ia semakin berkurangan berikutan program penghutanan semula oleh pihak pemerintah selepas Perang Dunia Kedua. Tambahan lagi, pengadang konkrit telah dibina bagi melindungi kawasan pesisir (sebahagian daripada Taman Negara Pesisir Sanin).

Lihat juga

  • Gumuk pasir Nakatajima
  • Gumuk pasir Sarugamori

Pautan luar

  • Laman sesawang rasmi (Jepun)
  • Buku Panduan Wilayah Tuttori Diarkibkan 2008-04-30 di Wayback Machine
Portal:
  • flag Jepun