Grifon

Grifon
Grifon besar Vendée
Trait
Bulu Kasar, berbulu dawai
Anjing (Canis lupus familiaris)

Grifon[a] ialah sejenis anjing, koleksi baka yang pada asalnya merupakan anjing pemburu. Terdapat tiga susur galur jenis grffon yang diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI): Grifon Vendée, anjing penuding berbulu dawai, dan smousje (anjing teman Belgium atau smoushond Belanda). Jenis grifon bercirikan bulu kasar atau dawai.

Grifon disebut seawal Xenophon.[1] Anjing, Canis Segusius, yang digunakan oleh orang Gaul ialah grifon.[2] Antara baka tertua merupakan anjing penuding berbulu dawai Itali atau spinone Itali (FCI #165) dan baka yang dibiakbakakan oleh Eduard Karel Korthals yang berasal dari Negeri-Negeri Pamah (Belgium, Belanda, Perancis utara) yang mempunyai muncung pendek berjanggut. Smousje, iaitu anjing kecil yang disebut sejak Zaman Pertengahan di Negeri-Negeri Pamah, yang terkenal dengan perangai tegas dan sekata dan lapis bulu kasarnya, ialah ternakan pembiakbakaan awal untuk grifon Brussel.[3][4]

Baka grifon

Anjing pemburu bau

Anjing pemburu bau (FCI Kumpulan 6, Seksyen 1)

Anjing penuding

Anjing penuding (FCI Kumpulan 7, Seksyen 1)

Anjing teman/anjing mainan

Anjing teman kecil Belgium, "Smousje" (FCI Kumpulan 9, Seksyen 3)

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: ݢريفونcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: griffoncode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ "FCI-Standard N° 107 GRIFFON D'ARRÊT À POIL DUR KORTHALS (Wire-Haired Pointing Griffon Korthals)" [Piawaian FCI No. 107 Grifon Penuding Berbulu Dawai] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Renée Sporre-Willes dan Raymond Triquet. 5 September 2023. Dicapai pada 8 Jun 2024.CS1 maint: others (link)
  2. ^ "FCI-Standard N° 17 GRIFFON NIVERNAIS" [Piawaian FCI No. 17 Grifon Nivernais] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh John Miller dan Raymond Triquet. 2 April 2004. Dicapai pada 8 Jun 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ "FCI-Standard N° 80 GRIFFON BRUXELLOIS; FCI-Standard N° 81 GRIFFON BELGE; FCI-Standard N° 82 PETIT BRABANÇON" [Piawaian FCI No. 80 Grifon Brussel; Piawaian FCI No. 81 Grifon Belgium; Piawaian FCI No. 82 Anjing Kecil Brabant] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Pamela Jeans-Brown. Disemak oleh Raymond Triquet. 5 Mei 2003. Dicapai pada 8 Jun 2024.CS1 maint: others (link)
  4. ^ van Lennep, John H. (1862) "Smousje" dalam Thomas, William John, dll. (penyunting) (1862) Notes and Queries (Inggeris) Bell & Daldy, Siri ke-3, jil. 1, hlm. 239

Pautan luar

  • Fédération Cynologique Internationale (Inggeris)