Gerald Templer
Sir Gerald Templer | |
---|---|
Jeneral Sir Gerald Templer di Tanah Melayu pada 1953. | |
Nama samaran | "Harimau Malaya" |
Kelahiran | (1898-09-11)11 September 1898 Colchester, Essex, England |
Meninggal dunia | 25 Oktober 1979(1979-10-25) (umur 81) Chelsea, London, England |
Kesetiaan | United Kingdom |
Perkhidmatan | Tentera Darat British |
Tahun perkhidmatan | 1916–1958 |
Pangkat | Fil Marsyal |
Jumlah perkhidmatan | 15307 |
Unit | Fusiliers Irish Diraja Rejimen Loyal (Lancashire Utara) |
Arahan | Ketua Turus Am Imperial (1955–58) Markas Timur (1950–52) Divisyen Ke-6 Armor (1944) Divisyen Ke-56 (London) Infantri (1943–44) 1 Divisyen Infantri (1943) Kor XI (1943) Kor II (1942–43) Divisyen Ke-47 (London) Infantri (1942) Briged Ke-210 Infantri Bebas (Wataniah) (1940–41) Batalion Ke-9, Rejimen Sussex Diraja (1940) |
Pertempuran | Perang Dunia I Pemberontakan arab di Palestin Perang Dunia II Darurat Tanah Melayu Krisis Suez |
Anugerah | Knight of the Order of the Garter Knight Grand Cross of the Order of the Bath Knight Grand Cross of the Order of St Michael and St George Knight Commander of the Order of the British Empire Distinguished Service Order Dipuji Dalam Perutusan (2) Commander of the Legion of Merit (Amerika Syarikat) Commander of the Order of Leopold II (Belgium) Croix de guerre (Belgium) Grand Officer of the Order of Orange-Nassau (Netherlands) Seri Maharaja Mangku Negara (Tun) |
Fil Marsyal (Tun) Sir Gerald Walter Robert Templer, SMN[nota 1][1]KG, GCB, GCMG, KBE, DSO (11 September 1898 – 25 Oktober 1979) adalah seorang pegawai kanan Tentera Darat British yang berjuang di kedua-dua Perang Dunia I dan Perang Dunia II . Beliau terkenal kerana berjaya mematahkan pemberontakan gerila komunis di Malaya antara tahun 1952 dan 1954. Templer telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu pada tahun 1952 bagi menggantikan Sir Henry Gurney, pesuruhjaya yang telah dibunuh oleh komunis pada 6 Oktober 1951 , semasa dalam perjalanan ke Bukit Fraser. Beliau memperhebatkan Rancangan Briggs untuk menentang komunis. Beliau menyedari bahawa penggunaan senjata semata-mata tidak akan berjaya menentang komunis.Oleh itu beliau telah melancarkan kempen ‘memenangi hati dan fikiran rakyat’
Beliau telah menawarkan hadiah-hadiah yang besar kepada mereka yang berjaya menangkap atau membunuh komunis. Tawaran terhadap Chin Peng adalah sebanyak $250 000. Templer juga mengisytiharkan kawasan putih dan kawasan hitam. Pada tahun 1954, Templer meninggalkan Tanah Melayu selepas komunis gagal merampas kuasa. Beliau telah digantikan oleh Donald MacGilivray. Selepas itu beliau berkhidmat sebagai Ketua Turus Am Imperial, iaitu ketua profesional Tentera Darat British, dari tahun 1955 hingga 1958. Beliau merupakan ketua penasihat ketenteraan kepada Perdana Menteri Anthony Eden semasa Krisis Suez.
Kerajaan Malaysia telah menamakan Dewan Utama di Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur di Sungai Besi, sebagai "Dewan Tun Templer" sebagai menghormatinya.[2] Mereka juga menamakan Hutan Lipur Templer di Rawang sebagai penghormatan jasa beliau di Malaysia.[3]
Tarikh kenaikkan pangkat
- 16 Ogos 1916 - Leftenan Kedua
- 16 Februari 1918 - Leftenan
- 11 Ogos 1928 - Kapten
- 1 Julai 1935 - Brevet Mejar
- 1 Ogos 1938 - Mejar
- 1 Julai 1938 - Leftenan Kolonel Brevet
- 1 September 1939 -Pemangku Leftenan Kolonel
- 1 Disember 1939 - Leftenan Kolonel Sementara
- 4 November 1940 - Pemangku Kolonel
- 4 November 1940 - Pemangku Brigedier
- 4 Mei 1941 - Leftenan Kolonel (Tetap)
- 4 Mei 1941 - Kolonel Sementara
- 4 Mei 1941 - Brigedier Sementara
- 6 Oktober 1941 - Kolonel (senioriti 1 Julai 1941)
- 10 April 1942 - Pemangku Mejar Jeneral (Tarikh dibalikkan ke 21-05-1938)
- 14 September 1942 - Pemangku Leftenan Jeneral
- 10 April 1943 - Mejar Jeneral Sementara
- 17 April 1945 - Mejar Jeneral (senioriti 30 Mei 1944)
- 1 Februari 1948 - Leftenan Jeneral Sementara
- 5 April 1948 - Leftenan Jeneral (senioriti 1 Ogos 1946)
- 4 Jun 1950 - Jeneral
- 27 November 1956 - Fil Marsyal
Nota
- ^ Templer dikurniakan darjah kebesaran tertinggi Tanah Melayu, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) dengan gelaran "Tun" pada 1 Ogos 1960. Pada masa itu darjah ini terhad kepada 25 orang pemegang hidup. Templer memang digelar "Tun" semasa berkhidmat di Malaya akan tetapi panggilan ini tidak rasmi sehinggalah dikurniakan SMN.
Rujukan
Bibliografi
- Barber, Noel (1989). The War of Running Dogs. Arrow Books. ISBN 0 09 962110 X.
- Cloake, John (1985). Templer, tiger of Malaya : the life of field marshal Sir Gerald Templer. London, Harrap. ISBN 978-0-245-54204-6.
- Heathcote, Tony (1999). The British Field Marshals 1736–1997. Barnsley (UK): Pen & Sword. ISBN 0-85052-696-5.
- Lapping, Brian (1985). End of Empire. St Martin's Press. ISBN 978-0-312-25071-3.
- Marks, Leo (1998). Between Silk and Cyanide: A Codemaker's Story 1941-1945. HarperCollins. ISBN 0-684-86780-X.
- Mead, Richard (2007). Churchill's Lions: A Biographical Guide to the Key British Generals of World War II. Stroud: Spellmount. ISBN 978-1-86227-431-0.
- Neillands, Robin (1997). A fighting retreat : the British Empire 1947–97. London, Hodder. ISBN 978-0-340-63520-9.
- Ramakrishna, Kumar (2002). Emergency Propaganda: The Winning of Malayan Hearts and Minds 1948–1958. Curzon Press, Richmond. ISBN 978-0-7007-1510-7.
Pautan luar
- British Army Officers 1939−1945
- Generals of World War II
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh John Utterson-Kelso | Panglima Divisyen Ke-47 Infantri (London) April–September 1942 | Diikuti oleh: Alfred Robinson |
Didahului oleh James Steele | Panglima Kor II 1942–1943 | Diikuti oleh: Herbert Lumsden |
Didahului oleh Gerard Bucknall | Panglima Kor XI April – Julai 1943 | Jawatan dimansuhkan |
Didahului oleh Walter Clutterbuck | Panglima 1 Divisyen Infantri Julai – Oktober 1943 | Diikuti oleh: Ronald Penney |
Didahului oleh Douglas Graham | Panglima Divisyen Ke-56 Infantri (London) 1943–1944 | Diikuti oleh: John Whitfield |
Didahului oleh Vyvyan Evelegh | Panglima Divisyen Ke-6 Armor Julai – Ogos 1944 | Diikuti oleh: Horatius Murray |
Didahului oleh Freddie de Guingand | Pengarah Perisikan Tentera 1946–1948 | Diikuti oleh: Douglas Packard |
Didahului oleh Sir Frank Simpson | Naib Ketua Turus Am Imperial 1948–1950 | Diikuti oleh: Sir Nevil Brownjohn |
Didahului oleh Sir Evelyn Barker | Panglima Markas Timur 1950–1952 | Diikuti oleh: Sir George Erskine |
Didahului oleh Sir John Harding | Ketua Turus Am Imperial 1955–1958 | Diikuti oleh: Sir Francis Festing |
Gelaran Kehormat | ||
Didahului oleh Sir Richard Howard-Vyse | Kolonel Pengawal Kuda Diraja 1951–1962 | Consolidated to form Blues and Royals |
Pejabat-pejabat kerajaan | ||
Didahului oleh Sir Henry Gurney | Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu 1952–1954 | Diikuti oleh: Sir Donald MacGillivray |
Gelaran Kehormat | ||
Didahului oleh Earl Alexander dari Tunis | Konstabel Menara London 1965–1970 | Diikuti oleh: Sir Richard Hull |
Didahului oleh Earl Alexander dari Tunis | Lord Leftenan London Raya 1966–1973 | Diikuti oleh: Lord Elworthy |