Fahmi Zainol

YB Tuan Fahmi bin Zainol (lahir 1991) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai EXCO Pulau Pinang dan ADUN Pantai Jerejak. Di peringkat parti beliau ialah Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Permatang Pauh.

YB Tuan

Fahmi bin Zainol
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Penjawat kini
Memegang jawatan
16 Ogos 2023
Perdana MenteriDato Seri Anwar Ibrahim
Ketua MenteriTuan Chow Kon Yeow
PortfolioAgroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi
Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang
untuk Pantai Jerejak
Penjawat kini
Memegang jawatan
29 Jun 2023
Didahului oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Majoriti8,597
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh
Penjawat kini
Memegang jawatan
20 Mei 2022
PresidenDato Seri Anwar Ibrahim
Ketua AMKTuan Adam Adli Abdul Halim
Butiran peribadi
Lahir1991 (33 tahun)
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanAhli Politik

Latar Belakang

Sebelum menceburi bidang politik, beliau merupakan pimpinan mahasiswa di Universiti Malaya dengan menjawat jawatan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya pada tahun 2013. Beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat pada 3 November 2015 yang dilantik sebagai pengerusi biro mahasiswa dalam Angkatan Muda Keadilan Malaysia pada tahun 2015. Pada tahun 2018, sekali lagi diamanahkan sebagai pengarah pilihanraya Angkatan Muda Keadilan Malaysia pada 2018 dan telah menjawat jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda Permatang Pauh dan Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang Selepas 2022 iaitu beliau dipilih sebagai Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat dan dipilih sekali lagi dipilih untuk penggal kedua sebagai Ketua Angkatan Muda Permatang Pauh


Keputusan Pilihan Raya

Rujukan