Chengyu

Chéngyǔ (Cina Tradisional: 成語code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 成语code: zh is deprecated , "ungkapan kumpulan") atau peribahasa Cina ialah sejenis ungkapan peribahasa tradisional, yang kebanyakannya terdiri daripada empat aksara Cina. Chengyu laris digunakan dalam bahasa Cina Klasik dan masih biasa dijumpai dalam penulisan bahasa Cina Vernakular dan pertuturan Bahasa Cina hari ini. Mengikut definisi yang paling ketat sekali, terdapat 5,000 chengyu dalam bahasa Cina, namun sesetengah kamus menyenaraikan lebih 20,000.

Kebanyakan chengyu terbit daripada hasil sastera kuno. Erti sesuatu patah chengyu biasanya menjangkaui gabungan erti-erti yang dibawa keempatempat aksara tersebut, kerana chengyu sering berkait rapat dengan mitos, kisah atau fakta sejarah yang menimbulkan ungkapan itu. Oleh itu, chengyu tidak menurut struktur dan sintaks tatabahasa biasa dalam pertuturan bahasa Cina, sebaliknya amat padat dan sintetik.

Chengyu secara sendirinya selalunya sukar difahami dalam bahasa Cina moden, dan apabila pelajar di China belajar chengyu di sekolah sebagai sebahagian kurikulum bahasa Klasik, mereka juga perlu mengkaji konteks yang melahirkan chengyu itu. Selalunya empat aksaranya mencerminkan moral di sebalik kisah dan bukan kisah itu sendiri.

Contohnya, "井底之蛙code: zh is deprecated " (jǐng dǐ zhī wā) secara harfiahnya bermaksud "katak di bawah perigi". Ungkapan ini diterbit daripada pepatah oleh Zhaungzi yang berbunyi: "井鼃不可以語於海者,拘於虛也code: zh is deprecated " (Seekor katak di dasar perigi tidak dapat terkata-kata apa itu lautan, selain percaya bahawa lautan itu sekadar khayalan.) Peribahasa ini serupa dengan peribahasa Melayu "katak di bawah tempurung".

Satu lagi contoh ialah ungkapan "破釜沉舟code: zh is deprecated " [Mengenai audio inidengar (bantuan·maklumat)] (pò fǔ chén zhōu) secara harfiahnya bererti "pecahkan kuali, kelamkan perahu." Ungkapan ini berdasarkan satu peristiwa bersejarah yang mana Jeneral Xiang Yu mengarahkan tenteranya memusnahkan segala perkakas masakan dan perahua setelah menyeberangi sungai ke dalam wilayah musuh. Beliau memenangi perang itu kerana dasar "jangan undur" beliau. Peribahasa ini tidak boleh digunakan dalam situasi kekalahan kerana kisah di sebaliknya tidak menceritakan kegagalan.

Contoh dalam bahasa Cina

Rencana atau bahagian ini beranotasi Ruby.
Sesetengah pelayar web tidak mampu memaparkannya dengan betul; anda mungkin akan melihat transkripsinya dalam tanda kurungan selepas aksara berkenaan, seperti ini:
code: zh is deprecated (le)
, dan bukannya di atas aksara seperti yang dijangkakan.

Tiga contoh berikut menunjukkan bahawa erti sesuatu peribahasa menjadi amat berbeza dengan menukar satu aksara sahaja.

  • () () (qiān) (qiū) : "Sehari seribu musim luruh."
    • Penggunaan/Moral: membayangkan perubahan pesat; sehari bersamaan seribu tahun
  • () () (qiān) () : "Sehari seribu batu."
    • Penggunaan/Moral: membayangkan kemajuan pesat; berjalan seribu batu dalam sehari
  • () () (sān) (qiū) : "Sehari tiga musim luruh."
    • Penggunaan/Moral: amat merindui seseorang; sehari berlalu seolah-olah tiga tahun

Contoh dalam bahasa Jepun

Peribahasa empat aksara adalah satu teknik biasa untuk membentuk ungkapan atau peribahasa yang mudah diingati. Dalam bahasa Jepun, istilah 四字熟語code: ja is deprecated (yojijukugo) (四字code: ja is deprecated yoji empat aksara Cina + 熟語code: ja is deprecated jukugo peribahasa) sendiri juga adalah empat aksara. Kebanyakan peribahasa ini dipinjam dari bahasa Cina dan sama atau serupa ertinya dengan bahasa Cina. Istilah 故事成語code: ja is deprecated (koji bersejarah + seigo peribahasa) ialah peribahasa yang berasal daripada suatu catatan tertentu seperti sumbernya. Oleh itu, kebanyakan kojiseigo berasal daripada peristiwa bersejarah yang ditulis dalam bahasa Cina klasik. Contoh:

  • jaku bu jin : "Bagaikan tiada orang di sisi(mu)."
    • Sumber: Liezhuan dari Catatan Sejarawan Agung oleh Sima Qian
    • Erti: Bertindak bebas seolah-olah tiada orang lain di sekitar.
  • ki shō ten ketsu: "Mula, Sambung, Ubah, Tamat"
    • Sumber: Struktur tradisional untuk mengarang puisi Tang.
  • ka chō getsu: "Bunga, burung, angin, bulan"
    • Sumber: Kata rakyat

Lihat juga

  • Peribahasa
  • Tiga Puluh Enam Strategi
  • Tulisan Cina
  • Bahasa Jepun

Pautan luar

  • Simplified Chinese Idioms (Wiktionary)
  • Traditional Chinese Idioms (Wiktionary)
  • Simplified Chinese Proverbs (Wiktionary)
  • Traditional Chinese Proverbs (Wiktionary)