Chelodina mccordi

Chelodina mccordi
Kura-kura Leher Ular Pulau Roti
Status pemuliharaan

Terancam genting  (IUCN 2.3)[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
Haiwan
Filum:
Kordata
Subfilum:
Vertebrata
Kelas:
Reptilia
Order:
Testudines
Suborder:
Pleurodira
Keluarga:
Chelidae
Subkeluarga:
Chelodininae
Genus:
Chelodina
Subgenus:
(Chelodina)
Spesies:
C. mccordi
Nama binomial
Chelodina mccordi
Rhodin, 1994[2]
Sinonim[3][4]
  • Chelodina mccordi Rhodin, 1994
  • Chelodina timorensis McCord et al., 2007

Chelodina mccordi juga dikenali sebagai Kura-kura Leher Ular Pulau Roti atau Kura-kura McCord,[5] ialah spesies kura-kura sangat terancam yang berasal dari Pulau Rote di Indonesia.

Taksonomi

Subspesies Chelodina mccordi timorensis, yang juga dikenali Chelodina timorensis boleh ditemui di Timor Timur.

Chelodina mccordi berasal dari genus Chelodina (Kura-kura Leher Ular Australia) iaitu dari keluarga Chelidae (Kura-kura Leher Ular Austro-Amerika).

Chelodina mccordi roteensis, satu lagi subspesies, hanya ditemui di dua buah tasik, iaitu di daerah Landu Leko utara Rote, termasuklah Tasik Undun.[6]

Sejarah

Kura-kura Leher Ular Pulau Roti muncul daripada pecahan spesies Kura-kura Leher Ular New Guinea yang dianggap sebagai spesies terasing pada tahun 1994 selepas Dr. Anders Rhodin, pengarah Chelonian Research Foundation Diarkibkan 2018-05-27 di Wayback Machine di Lunenburg (Massachusetts), mendapati terdapat perbezaan antara kedua-dua spesies. Kura-kura leher ular pertama yang ditemui di Pulau Rote telah direkodkan pada tahun 1891 oleh George Albert Boulenger.

Etimologi

Kedua-dua nama spesies, mccordi, atau Kura-kura McCord, adalah sebagai penghargaan kepada Dr. William Patrick McCord (lahir 1950), seorang pakar kura-kura dan veterinar [5] dari Hopewell Junction, New York.

Ciri-ciri

Karapasnya boleh mencecah panjang sehingga 18–24 cm. Warna karapasnya kelabu-coklat. Terdapat juga spesimen yang mempunyai warna perang seperti buah berangan. Plastronnya pucat keputihan. Lehernya pula panjang seperti karapas, berwarna coklat gelap dan bertuberkel. Bawah leher berwarna kuning cair. Manakala iris matanya hitam serta dikelilingi warna putih.

Habitat

Habitat semulajadi Chelodina mccordi ialah kawasan paya, teres tanaman padi dan tasik.

Pembiakan

Kura-kura dewasa boleh bertelur sebanyak tiga kali dalam setahun. Satu sarang telurnya mengandungi 8-14 biji telur. Saiz telur pula sekitar 30 mm × 20 mm (1.18 in × 0.79 in) dengan berat 8–10 gram (0.28–0.35 oz). Anak kura-kura muncul selepas pengeraman selama tiga bulan, dan anak kura-kura terakhir meninggalkan sarang selepas empat bulan seterusnya. Saiz anak kura-kura yang baru lahir sekitar 28 mm × 20 mm (1.10 in × 0.79 in), mempunyai bintik kuning pada plastron, yang akhirnya menjadi gelap dalam beberapa minggu sehingga seluruh plastron menjadi hitam. Semasa proses membesar, warnanya menjadi pucat sehingga warnanya menjadi warna dewasa.

Ancaman

Haiwan ini sering mendapat permintaan tinggi dalam pasaran haiwan antarabangsa. Malah, terdapat kajian menyatakan mereka sering ditangkap sehingga larangan dagangan terpaksa dibuat pada tahun 2001. Terdapat dua atau tiga lagi baki populasi yang mendiami kawasan bersaiz hanya 70 km² (27 batu persegi) di tengah banjaran Pulau Rote. Walau bagaimanapun, haiwan ini masih lagi ditangkap secara haram dan sering ditawarkan di pasaran dengan label keluaran Kura-kura Leher Ular New Guinea. Pada tahun 2004 haiwan ini disenaraikan di Appendix II oleh CITES.

Selain manusia, antara ancaman lain haiwan ini ialah babi liar (Sus scrofa)[7] dan pemusnahan habitat.

Rujukan

  1. ^ Asian Turtle Trade Working Group (2000). "Chelodina mccordi". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2000: e.T4606A97495592. doi:10.2305/IUCN.UK.2000.RLTS.T4606A11027770.en. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-02. Dicapai pada 8 November 2017.
  2. ^ Rhodin AGJ. 1994b. Chelid turtles of the Australian archipelago: II. A new species of Chelodina from Roti Island, Indonesia. Breviora 498: 1-31.
  3. ^ van Dijk, Peter Paul, John B. Iverson, H. Bradley Shaffer, Roger Bour, and Anders G.J. Rhodin. 2012. Turtles of the World, 2012 Update: Annotated Checklist of Taxonomy, Synonymy, Distribution, and Conservation Status. Chelonian Research Monographs No. 5, pp. 000.243–000.328.
  4. ^ Georges A, Thomson S. 2010. Diversity of Australasian freshwater turtles, with an annotated synonymy and keys to species. Zootaxa 2496: 1–37.
  5. ^ a b Beolens B, Watkins M, Grayson M. 2011. The Eponym Dictionary of Reptiles. Baltimore: Johns Hopkins University Press. xiii + 296 pp. ISBN 978-1-4214-0135-5. (Chelodina mccordi, p. 172).
  6. ^ Eisemberg CC, Costa BG, Guterres EC, Reynolds SJ, Christian K. Assessment of Chelodina mccordi current status and community awareness along the Lake Iralalaro, Timor-Leste, Report to the Mohamed bin Zayed Species Conservation Fund, Turtle Conservation Fund, and Andrew Sabin Family Foundation, by the Research Institute for the Environment and Livelihoods, Charles Darwin University, 2014.
  7. ^ Chris R. Shepherd; Bonggi Ibarrobdo (2005). The Trade of the Roti Island Snake-necked Turtle Chelodina mccordi (PDF) (Laporan). TRAFFIC Southeast Asia.

Pautan luar

  • Asian Turtle Trade Working Group 2000. Chelodina mccordi. In: IUCN 2006. 2006 IUCN Red List of Threatened Species. <www.iucnredlist.org>. Downloaded on 27 July 2006. Database entry includes justification for why this species is critically endangered
  • "Chelodina mccordi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-06.
  • Inclusion of Roti Snake-necked Turtle Chelodina mccordi in Appendix II. Proponents: Indonesia and United States of America (PDF) (Laporan). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-12-14.
  • TRAFFIC - Roti Island Snake-necked Turtles become all but extinct
  • l
  • b
  • s
Kura-kura leher sisi
Keluarga
Subkeluarga
Genus
Subgenus
Chelidae
Chelinae
Acanthochelys
 
Chelus
 
Mesoclemmys
 
Phrynops
 
Platemys
 
Rhinemys
 
Chelodininae
Chelodina
Chelodina
Macrochelodina
Macrodiremys
Elseya
Elseya
Pelocomastes
Hanwarachelys
Elusor
 
Emydura
 
Flaviemys
 
Myuchelys
 
Pseudemydura
 
Rheodytes
 
Hydromedusinae
Hydromedusa
 
Pelomedusidae
 
Pelomedusa
 
Pelusios
 
Podocnemididae
 
Erymnochelys
 
Peltocephalus
 
Podocnemis
 
  • Susunan filogenetik berdasarkan turtles of the world 2014 update: annotated checklist. Tidak termasuk kura-kura yang pupus.
  • Portal Portal · Buku Wikipedia Kura-kura
Pengenalpastian takson
  • Wd: Q304547
  • ADW: Chelodina_mccordi
  • ARKive: chelodina-mccordi
  • BioLib: 24856
  • BOLD: 253582
  • EoL: 963944
  • Fossilworks: 373853
  • GBIF: 2441956
  • iNaturalist: 39596
  • IRMNG: 10366655
  • ITIS: 949497
  • IUCN: 123814489
  • NCBI: 904177
  • Plazi: F4CB7990-35D7-5D29-45CF-B104AF5D813A
  • Species+: 7441
  • ZooBank: A7CF7AE5-833A-49FE-9527-8D4CCF266151