Burung Layang-layang Besar

Burung Layang-layang Besar
Status pemuliharaan
Berisiko rendah
Pengelasan saintifik
Alam:
Haiwan
Filum:
Kordata
Kelas:
Burung
Order:
Apodiformes
Keluarga:
Apodidae
Genus:
Hirundapus
Spesies:
H. giganteus
Subspesies:
Hirundapus giganteus giganteus,
Hirundapus giganteus indicus
Nama binomial
Hirundapus giganteus
(Temminck, 1825)

Burung Layang-layang Besar (bahasa Inggeris: Brown Needletail) ialah sejenis burung layang-layang yang besar. Burung ini merupakan pembiak tempatan di hutan-hutan bukit Asia selatan yang terbentang dari India hingga ke Indonesia dan Filipina di timur. Nama saintifiknya Hirundapus giganteus.[1]

Burung Layang-layang Besar mempunyai kaki yang amat pendek yang digunakan khususnya untuk melekap pada permukaan-permukaan tegak. Mereka tidak pernah hinggap di atas tanah secara rela hati, tetapi menghabiskan kebanyakan hidupnya di udara dan makan serangga yang ditangkap dengan paruh.

Panjangnya Burung Layang-layang Besar sebanyak 23 sentimeter adalah lebih besar daripada Burung Layang-layang Alp dan Burung Layang-layang Leher Putih. Besarnya serupa dengan spesies kedua yang tersebut, dengan tubuh bak tong yang berat. Warnanya burung ini perang tua, kecuali bahagian bawah ekor yang putih yang terbentang ke rusuk. Berbeza dengan burung layang-layang yang lain, ekor burung ini tidak bercabang.

Burung Layang-layang Besar membina sarang di rekah-rekah batu cerunam dan mengeluarkan 3-5 biji telur setiap kali. Laju penerbangannya amat mengagumi, berbanding juga dengan burung layang-layang yang lain.


Rujukan

  1. ^ D.R. 16/2010 RANG UNDANG-UNDANG PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010
  • "Hirundapus giganteus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help)no identifier Kemasukan pangkalan data termasuk justifikasi tentang mengapa spesies ini tidak menimbulkan kebimbangan
  • Birds of India oleh Grimmett, Inskipp dan Inskipp. ISBN 0-691-04910-6

Pautan luar

  • Carian Google.