Buni

Buni
Pengelasan saintifik
Alam:
Plantae
(tanpa pangkat):
Angiospermae
(tanpa pangkat):
Eudikotil
(tanpa pangkat):
Rosids
Order:
Malpighiales
Keluarga:
Phyllanthaceae
Genus:
Antidesma
Spesies:
bunius
Nama binomial
A. bunius
(L.) Spreng.

Buni[1] atau berunai (nama saintifik: Antidesma bunius)[2] ialah sejenis spesies tumbuhan bertaburan di Asia Tenggara dan Australia.

Peristilahan

Kedua-dua nama buni dan berunai datang dari turunan akar Austronesia *buRnay;[3][4] ia turut dikenali dengan pelbagai nama setempat dalam bahasa-bahasa serumpun berikut:[5][3][4]

  • bahasa Jawa: wuni
  • bahasa Sunda: wuni, huni
  • bahasa Madura: buneh
  • bahasa Bugis: bu'ne

Kegunaan

Daun-daun yang ditumbuk lumat boleh menutup luka.[5] Biji buahnya mampu merawat darah tinggi (jika dimakan langsung), merawat sifilis ataupun membersihkan darah kotor (dua-dua jika diminum air seduhan).[5]

Rujukan

  1. ^ Lihat:
    • "buni". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "buni". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016.
  2. ^ Lim, T. K. (2012). Edible Medicinal And Non-Medicinal Plants (dalam bahasa Inggeris). 4: Fruits. Springer Science & Business Media. m/s. 220–221. ISBN 978-94-007-4053-2.
  3. ^ a b Wolff, John U. (2018). Proto-Austronesian Phonology with Glossary (dalam bahasa Inggeris). Cornell University Press. m/s. 763. ISBN 978-1-5017-3599-8.
  4. ^ a b Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*buRnay a tree with edible fruit: Antidesma bunius". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 2 Ogos 2021.
  5. ^ a b c Hariana, H. Arief (2004). Tumbuhan Obat dan Khasiatnya. Depok, Jawa Barat: Niaga Swadaya. m/s. 69–70. ISBN 978-979-489-816-1.

Pautan luar

  • Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
  • Profil spesies di Flora dan Fauna Web, Lembaga Taman Negara Singapura
  • l
  • b
  • s