Bendera dan jata Perak
Laman Ini Mengenai Bendera dan Jata Negeri Perak sahaja.
Kegunaan | Bendera negeri |
---|---|
Nisbah | 1:2 |
Diterima pakai | 1879 |
Rekaan | Latar warna dibahagikan menjadi 3, "Putih" dibahagian Atas + "Kuning Emas" dibahagian tengah, dan "Hitam" dibahagian Bawah. |
Bendera Negeri Perak
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.
- Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
- Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
- Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
Bendera Bandar dan Daerah
Senarai Bendera Daerah dan Bandar di Negeri Perak
Bendera Bandar Ipoh
Bendera Daerah Mualim (tidak rasmi)
Jata Negeri Perak
Jata Negeri Perak | |
---|---|
Butiran | |
Jenis | Flag of a country subdivision (en) |
Diterima pakai | 1879 |
Cogan kata | Perak Aman Jaya. |
sunting · sunting di Wikidata |
Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini
- dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.
- Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.
- Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.
- Bunga Padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.