Bella Hanna

Bella Hanna
Kelahiran
Farhana Nabila binti Rosman

(1996-09-29) 29 September 1996 (umur 27)
Kuala Lumpur, Malaysia
Nama lainBella Luna
PendidikanPegawai Perhubungan Awam (PRO)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, pengacara, model, personaliti media sosial, pegawai perhubungan awam
Tahun aktif2020–kini
PasanganRedza Rosli (k. 2024)

Bella Hanna (lahir Farhana Nabila Rosman; 29 September 1996) ialah seorang pelakon, pengacara, personaliti media sosial dan model wanita Malaysia. Beliau memegang watak sebagai Aleen dalam drama Luruhnya Bunga Cinta (2023)[1].

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan sebagai Farhana Nabila Rosman pada Ahad, 29 September 1996 di Kuala Lumpur dan merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Beliau merupakan seorang graduan jurusan Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi MARA[1].

Kehidupan peribadi

Beliau telah berkahwin dengan pelakon, Redza Rosli pada 21 Jun 2024 dengan sekali lafaz.

Kerjaya

Bella Hanna memulakan kerjaya lakonan pada 2022. Beliau memegang watak lakonannya sebagai Aleen dalam drama Luruhnya Bunga Cinta (2023) lakonan Redza Rosli dan Tracie Sinidol.

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Luruhnya Bunga Cinta Aleen TV3 Drama pertama
2024 Oh Seragam Cinta Cikgu Rena TV Okey
Luruhnya Bunga Cinta 2 Aleen TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2023 HLive! Pengacara Astro Ria

Rujukan

  1. ^ a b Fatin Farhana Ariffin (29 Oktober 2023). "Bella Hanna tak sekadar bersandar rupa paras". Berita Harian. Dicapai pada 24 Jun 2024.

Pautan luar

  • Bella Hanna di Instagram
  • Bella Hanna di TikTok