Barak Bulgaria

Barak Bulgaria
Barak Bulgaria jantang
Nama lainBarak
Negara asalBulgaria
Trait
Berat Jantan 23–27 kg (51–60 lb)
Betina 19–22 kg (42–49 lb)
Tinggi Jantan 53–58 cm (21–23 in)
Betina 48–53 cm (19–21 in)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Barak Bulgaria[a], atau hanya barak, ialah satu baka anjing pemburu dari Bulgaria. Baka ini lazim di rantau utara, barat daya, tengah di Bulgaria. Kerabat terdekatnya ialah anjing penuding berbulu kasar Slovakia.[1]

Piawaian baka

Barak tergolong sesama zuriat hound berbulu panjang yang pertama kali diperihalkan oleh F. Laszka pada tahun 1905 dan merupakan satu-satu baka hound berbulu panjang di rantau ini.[2]

Piawaian baka barak Bulgaria daripada Persekutuan Kinologi Kebangsaan Bulgaria menempatkan anjing ini dalam kumpulan 6 - "Anjing pemburu bau dan baka serupa", seksyen 1.2 - "Anjing pemburu bau bersaiz sederhana". Baka ini tidak diiktiraf oleh FCI.

Barak Bulgaria ialah anjing pemburu bau dengan ketinggian sederhana. Tubuhnya seimbang, kuat, dengan garis luar segi empat tepat. Lapis bulu kasarnya berwarna kuning kemerah-merahan dalam pelbagai cahaya warna, kuning jerami, atau merah gelap. Lapis bulunya dapat memiliki satu warna atau bergabung dengan kelabu atau hitam-kelabu dalam bahagian tengah tubuh. Sesetengah tompok putih dapat diterima di tempat-tempat tertentu.

Zuriat

Pada tahun 2020, sebuah kajian DNA mitokondrion mendapati bahawa satu spesimen anjing yang ditemukan di pekan Zaman Gangsa Via Ordiere, Solarolo, Itali yang bertarikh pada 3,600–3,280 tahun lalu mengongsi jujukan DNA (haplotip) yang terdapat pada barak Bulgaria. Tambahan pula, hampir semua spesimen purba Bulgaria dalam kajian itu mengongsi haplotip-haplotip dengan sampel-sampel purba Itali.[3]

Lihat juga

  • Senarai baka anjing
  • Anjing pemburu Bulgaria
  • Anjing Karakachan

Catatan

  1. ^ Jawi: بارک بولݢارياcode: ms is deprecated ; Bahasa Bulgaria: бъ́лгарски ба́рак; bahasa Inggeris: Bulgarian barak; Bulgarian houndcode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ Marinov, Miroslav; Teofanova, Denitsa; Gadjev, Dimitar; Radoslavov, Georgi; Hristov, Peter (27 Jun 2018). "Mitochondrial diversity of Bulgarian native dogs suggests dual phylogenetic origin" [Kepelbagaian mitokondrion bagi anjing asli Bulgaria mencadangkan asal usul filogenetik duaan]. PeerJ (dalam bahasa Inggeris). PeerJ. 6: e5060. doi:10.7717/peerj.5060. ISSN 2167-8359. PMC 6026455. PMID 29967734. S2CID 49549262.
  2. ^ MORPHOMETRIC CHARACTERIZATION OF BULGARIAN BARAK, Urošević M., Drobnjak D., Kanev H., Hristozov G., Ograk Y., Matarugić D., 3rd International Symposium on Hunting, Мodern aspects of sustainable management of game populations (dalam bahasa Inggeris), Zemun - Beograd, Serbia, 26–28 September 2014. Hlm. 172–177
  3. ^ Koupadi, Kyriaki; Fontani, Francesco; Ciucani, Marta Maria; Maini, Elena; De Fanti, Sara; Cattani, Maurizio; Curci, Antonio; Nenzioni, Gabriele; Reggiani, Paolo; Andrews, Adam J.; Sarno, Stefania; Bini, Carla; Pelotti, Susi; Caniglia, Romolo; Luiselli, Donata; Cilli, Elisabetta (26 November 2020). "Population Dynamics in Italian Canids between the Late Pleistocene and Bronze Age" [Dinamik Populasi pada Canid Itali pada antara Pleistosen Akhir dengan Zaman Gangsa]. Genes (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 11 (12): 1409. doi:10.3390/genes11121409. ISSN 2073-4425. PMC 7761486. PMID 33256122. S2CID 227244698.
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Bulgaria
Bulgaria