Balada Si Roy

Balada Si Roy
PengarahFajar Nugros
PenulisSalman Aristo
BerdasarkanBalada Si Roy oleh
Gol A Gong
Dihasilkan olehSusanti Dewi
Dibintangi
  • Abidzar Al-Ghifari
  • Febby Rastanty
  • Bio One
SinematografiPadri Nadeak
Disunting olehAline Jusria
Muzik oleh
  • Aghi Narottama
  • Bemby Gusti
  • Tony Merle
Syarikat
penerbitan
IDN Pictures
Tarikh tayangan
  • 13 Oktober 2022 (2022-10-13) (JFW)
  • 18 Oktober 2022 (2022-10-18) (BFFI)
  • 29 November 2022 (2022-11-29) (JAFF)
  • 19 Januari 2023 (2023-01-19) (Indonesia)
Masa tayangan
109 minit
Negara Indonesia
BahasaBahasa Indonesia

Balada Si Roy merupakan sebuah filem drama aksi Indonesia 2022 yang diarahkan oleh Fajar Nugros berdasarkan novel dengan nama yang sama karya Gol A Gong. Filem terbitan IDN Pictures ini dibintangi oleh Abidzar Al-Ghifari, Febby Rastanty, dan Bio One.[1][2] Balada Si Roy ditayangkan sebagai filem pembukaan Jakarta Film Week 2022 pada 13 Oktober 2022. Filem ini turut ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa BaliMakãrya pada 18 Oktober 2022 dan di Festival Filem Asia Jogja-NETPAC pada 29 November 2022.

Plot

Roy seorang pemuda yang suka mencari identitinya. Roy selalu mengembara dengan anjing kesayangannya bernama Joe, hadiah daripada bapanya ketika Roy berhari jadi ketujuh.

Selepas bapanya meninggal dunia, Roy hanya tinggal bersama ibunya. Mereka terpaksa berpindah dari Bandung ke Serang atas sebab ekonomi. Selepas berpindah ke Serang, Roy memasuki sekolah baru dan bertemu kawan baru bernama Andi dan Toni yang menjadi kawan rapatnya. Roy juga bertemu dengan Ani, gadis yang manis dan peramah yang membuatkan Roy jatuh cinta.

Masalah baru timbul apabila Roy mendapat tahu terdapat geng bernama Borsalino di sekolah yang diketuai oleh Dullah. Dullah sangat ditakuti oleh semua murid, kerana merasakan ayahnya berkuasa di Serang, maka dia sering menindas dan mengaibkan orang lain sesuka hatinya.

Ini menyebabkan Roy marah, kerana Roy menganggap bahawa semua orang adalah sama dan tiada siapa yang layak untuk dihina. Akhirnya, Roy juga mewujudkan gengnya sendiri bernama RAT (Roy, Andi, Toni), yang mahu menentang tindakan Borsalino dan mendapat sokongan daripada pelajar lain.[3]

Barisan pelakon

  • Abidzar Al-Ghifari sebagai Roy Boy Harris
  • Febby Rastanty sebagai Ani
  • Bio One sebagai Dullah
  • Zulfa Maharani sebagai Wiwik
  • Sitha Marino sebagai Dewi
  • Jourdy Pranata sebagai Andi
  • Omara Esteghlal sebagai Toni
  • Yusuf Mahardika sebagai Edi
  • Fachri Muhammad sebagai Sodik
  • Kiki Narendra sebagai ayah Ani
  • Lulu Tobing sebagai Ratu Astuti/ibu Roy
  • Dede Yusuf sebagai abah Dullah
  • Tanta Ginting sebagai Roni Gultom
  • Marcell Darwin sebagai Juna
  • Wafda Saifan sebagai Mumu Gultom
  • Budi Dalton sebagai Aceng
  • Egy Fedly sebagai Ki Japra
  • Ramon Y. Tungka sebagai ayah Roy
  • Muhammad Adhiyat sebagai Roy kecil
  • Dian Sidik sebagai Brewok
  • Aming sebagai Satpam Rais
  • Joshua Pandelaki sebagai Kepsek Johan D.
  • Arswendy Beningswara sebagai Ajat Sudrajat
  • Marthino Lio sebagai Faisal (Ical)
  • Andi /rif sebagai Kang Juned
  • Pritt Timothy sebagai Uwak Salim
  • Sari Nila sebagai Ibu Dewi
  • Emmie Lemu sebagai ibu kantin
  • Angie Amanda sebagai ibu Andi
  • Aldo Gudel sebagai Somad
  • Andika Hazrumy sebagai pemandu sejarah Keraton Kaibon
  • Azra Bule sebagai Bule
  • Mutia Datau sebagai nenek Roy
  • Kumaratih sebagai Marni
  • Chacha Marisa sebagai ibu Ani
  • Bima Zeno sebagai Abang Toni
  • Dea Aditya sebagai Iwan

Rujukan

  1. ^ "IDN Pictures to adapt popular novel Balada Si Roy as first film". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). 5 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2020. Dicapai pada 17 Julai 2024.
  2. ^ Rachman, Yogi (16 Disember 2020). Nurcahyani, Ida (penyunting). "Film "Balada Si Roy" umumkan nama-nama pemain". ANTARA News. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2021. Dicapai pada 17 Julai 2024.
  3. ^ Aishwarya Ravelia, Putriku (26 Ogos 2022). "Sinopsis dan Fakta Film 'BALADA SI ROY', Dibintangi Deretan Aktor Muda Tampan yang Bertalenta!". KapanLagi.com. Dicapai pada 17 Julai 2024.

Pautan luar

  • flagPortal Indonesia
  • Portal Filem
  • l
  • b
  • s