Athi Nahappan

Dato Athi Nahappan merupakan seorang bekas menteri kabinet dibawah kepimpinan Tun Hussein Onn. Tun Hussein yang baru mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri daripada Tun Abdul Razak yang meninggal dunia pada tahun 1976 menaikkan pangkat Athi Nahappan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri portfolio undang-undang dan keadilan. Sebelum itu beliau merupakan timbalan menteri undang-undang yang mewakili MIC sejak 1974.

Dalam kepimpinan MIC, Athi Nahappan merupakan Timbalan Presiden MIC yang bergandingan dengan Ahli Parlimen Pelabuhan Klang ketika itu, V. Manickavasagam.

Athi Nahappan merupakan antara pengasas penubuhan MIC pada tahun 1946 bersama John Thivy. Beliau menjadi editor termuda Tamil Nesan pada usia 22 tahun.

Pelantikan beliau sebagai menteri memberi pengiktirafan besar kepada MIC apabila dua kerusi menteri diperuntukkan kepada MIC. Sedangkan selepas pelantikan Athi Nahappan, MIC hanya mempunyai 1 kerusi menteri. Sebelum itu, MIC diwakili oleh V. Manickavasagam selaku menteri komunikasi.

Namun cita-cita melihat MIC mempunyai dua menteri dalam kabinet Malaysia tidak berpanjangan apabila Athi Nahappan meninggal dunia ketika meraikan pelantikannnya pada 9 Mei 1976. Beliau mengalami serangan jantung semasa menyampaikan ucapannya dalam majlis makan malam.