Anjing pemburu firaun

Anjing pemburu firaun
Nama lainKelb tal-fenek
Negara asalMalta
Trait
Tinggi Jantan 56–64 cm (22–25 in)[1]
Betina 53–61 cm (21–24 in)[1]
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu firaun, anjing firaun,[a] atau kelb tal-fenek ialah satu baka anjing pemburu Malta. Anjing ini digunakan secara tradisional untuk memburu arnab di rupa bumi berbatu di kepulauan itu; nama bahasa Malta-nya memaksudkan "anjing arnab".

Ia dikelaskan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dalam kumpulan "spits dan primitif"-nya dan menunjukkan keserupaan dengan baka-baka Laut Tengah lain dalam kumpulan itu seperti cirneco Etna, podenco Andalusia, pondenco Canaria, podenco Ibiza, dan podengo Portugis. Ia merupakan satu-satu baka anjing Malta dengan pengiktirafan antarabangsa.[b]

Sejarah

Perburuan di tembok batu runtuhan di Malta. Anjing-anjing ini sedang menunjukkan sesuatu; membolehkan pemburu meletakkan seekor feret di situ.

Kelb tal-fenek ialah baka tradisional Malta pedalaman. Sebagaimana nama antarabangsanya, kadang-kadang ada dakwaaan bahawa anjing pemburu firaun diturunkan daripada anjing-anjing yang ditunjukkan dalam lukisan makam di Mesir Purba.[2]:25 Kajian-kajian DNA moden mengusulkan bahawa baka ini tidak berasal usul purba, namun sebaliknya merupakan perkembangan agak lewat daripada pelbagai baka lain.[2]:23[3]:1160 Ia kelihatannya menjadi berbeza secara genetik daripada cirneco Etna dari Sicilia tidak lebih daripada dua ratus tahun lalu.[4]

Pada tahun 1647, Giovanni Francesco Abela, dalam karya beliau Della Descrittione di Malta isola nel Mare Siciliano: con le sue antichità, ed altre notizie, menulis "... kami mempunyai anjing yang dipanggil cernechi, amat dihargai untuk pemburuan arnab, yang kerap berada dalam permintaan sejauh Perancis, terutamanya [digunakan] di rupa bumi curam dan gunung berbatu" (terjemahan).[5] Menurut sesetengah pihak, ini merujuk kelb tal-fenek.[6] Cirneco moden ialah baka Sicilia dengan struktur dan penampilan serupa dengan kelb tal-fenek, namun agak lebih kecil.

Perinduk pertama yang lahir di luar Malta berada di United Kingdom pada tahun 1963.[7] Baka ini diterima oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa sebagai "Pharaoh Hound" ("anjing pemburu firaun") pada tahun sama, atas sokongan United Kingdom.[8] Piawaian baka diluluskan oleh The Kennel Club pada tahun 1974.[7]

Penampilan

Kelb tal-fenek adalah langsing dan anggun. Kepalanya panjang dan seakan-akan terpahat dengan halus, dengan sedikit stop. Lapis bulunya berkilat dan pendek.[1] Ia mungkin berwarna merah berangan atau sawo matang; tompok-tompok putih di belakang, di sisi, di bahu, atau di tengkuk merupakan ciri penyingkir, tetapi hujung ekor boleh putih. Matanya berwarna ambar.[1] Anjing ini mempunyai trait luar biasa "merah pipi" apabila teruja atau gembira, dengan telinga dan hidung yang menjadi merah jambu terang.[9]

Ia mempunyai sedikit sahaja kecenderungan genetik terhadap penyakit dan dapat dijangka untuk hidup sampai sekitar 11 hingga 14 tahun.[9]

Kegunaan

Kelb tal-fenek biasanya dibawa berburu pada malam hari apabila kurang ada pengalih perhatian. Pada umumnya, para pemburu membawa anjing mereka ke desa dan melepaskan pasangan anjing jantan dan anjing betina ke setiap arah mata angin. Anjing-anjing itu kemudian mencari mangsa dengan menggunakan bau. Apabila arnab ditemukan, anjing tersebut memulakan pengejaran, anjing betina yang kecil dan lebih tangkas memimpin manakala jantannya memastikan bahawa arnab itu tidak terlalu menjauh ke sisi.[perlu rujukan] Pada saat ini, anjing yang mengejar mengeluarkan salakan nyaring untuk menarik perhatian anjing lain dan pemburu yang kemudian datang dengan berlai. Setibanya pemburu dan anjing lain, arnab itu hampir sentiasa menuju ke tanah. Pemburu kemduian mengumpulkan anjing dan mengenakan cawak melainkan untuk seekor anjing, kemudian memasang jaring di semua jalan keluar yang mungkin digunakan oleh arnab itu.[perlu rujukan] Akhirnya, pemburu membawa seekor feret (dengan loceng kecil yang padanya) daripada keranjang anyaman bulat dan menempatkannya ke dalam jalan masuk terakhir ke dalam korok arnab. Kelb tal-fenek mampu mendengar loceng kecil itu sehingga 3 meter di bawah rupa bumi berbatu. Apabila feret itu menggarah arnab ke luar lubang, salah seekor anjing bebas menyergap arnab itu.[perlu rujukan] Kegunaan feret disebut oleh Strabo tentang pemburuan arnab di Kepulauan Balear semasa pemerintahan Rom.[10]:489[6]

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو فرعون; انجيڠ فرعونcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: pharaoh houndcode: en is deprecated
  2. ^ Anjing mainan Malta tidak mempunyai hubungan yang disahkan dengan kepulauan Malta.

Bacaan lanjut

  • Perini, Francesco; Cardinali, Irene; Ceccobelli, Simone; Gruppetta, Anthony; San José, Carlos; Cosenza, Mario; Musso, Nicolò; Martìnez, Amparo; Abushady, Asmaa M.; Monteagudo, Luis V.; Liotta, Luigi; Lancioni, Hovirag; Attard, George; Lasagna, Emiliano (14 Januari 2023). "Phylogeographic and population genetic structure of hound-like native dogs of the Mediterranean Basin" [Struktur filogeografi dan genetik populasi bagi anjing asli mirip hound dari Lembangan Laut Tengah]. Research in Veterinary Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 155: 103–114. doi:10.1016/j.rvsc.2023.01.010. ISSN 1532-2661. PMID 36669378 Check |pmid= value (bantuan).

Rujukan

  1. ^ a b c d "FCI-Standard N° 248 PHARAOH HOUND" [Piawaian FCI No. 248 Anjing Pemburu Firaun] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 9 Ogos 1999. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  2. ^ a b Kim Dennis-Bryan, Tracy Morgan (2020). The Complete Dog Breed Book (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Dorling Kindersley. ISBN 9780241412732.
  3. ^ Parker, Heidi G.; Kim, Lisa V.; Sutter, Nathan B.; Carlson, Scott; Lorentzen, Travis D.; Malek, Tiffany B.; Johnson, Gary S.; DeFrance, Hawkins B.; Ostrander, Elaine Ann; Kruglyak, Leonid (21 Mei 2004). "Genetic Structure of the Purebred Domestic Dog" [Struktur Genetik Anjing Bela Jinak Baka Tulen]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 304 (5674): 1160–1164. Bibcode:2004Sci...304.1160P. doi:10.1126/science.1097406. ISSN 0036-8075. JSTOR 3836878. PMID 15155949. S2CID 43772173.
  4. ^ Talenti, Andrea; Dreger, Dayna L.; Frattini, Stefano; Polli, Michele; Marelli, Stefano Paolo; Harris, Alexander C.; Liotta, Luigi; Cocco, Raffaella; Hogan, Andrew N.; Bigi, Daniele; Caniglia, Romolo; Parker, Heidi G.; Pagnacco, Giulio; Ostrander, Elaine Ann; Crepaldi, Paola (14 Februari 2018). "Studies of modern Italian dog populations reveal multiple patterns for domestic breed evolution" [Kajian-kajian populasi-populasi anjing Itali moden mendedahkan berbilang pola untuk evolusi baka bela jinak]. Ecology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 8 (5): 2911–2925. Bibcode:2018EcoEv...8.2911T. doi:10.1002/ece3.3842. ISSN 2045-7758. PMC 5838073. PMID 29531705.
  5. ^ Giovanni Francesco Abela (1647). Della Descrittione di Malta isola nel Mare Siciliano: con le sue antichità, ed altre notizie (dalam bahasa Itali). Malta: Paolo Bonacota, halaman 129–130. "... habbiamo i cani chiamati Cernechi[,] molto stimati per la caccia al coniglio, che in fin dalla Francia sono richiesti ben spesso con molta istanza massimamente per i luoghi sassosi alpestri, e scoscesi"
  6. ^ a b Cecil S. Camilleri (1995). "A Study of the Maltese Kelb tal-Fenek" (dalam bahasa Inggeris). Valletta, Malta: Progress Press.
  7. ^ a b Jan Scotland (20 Julai 2004). The national dog of Malta (dalam bahasa Inggeris). Times of Malta. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  8. ^ "FCI breeds nomenclature: PHARAOH HOUND (248)" [Tatanama baka FCI: ANJING PEMBURU FIRAUN (248)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  9. ^ a b Caroline Coile (2015). Encyclopedia of Dog Breeds, edisi ke-3. Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: Barron's Educational Series. ISBN 9781438067926.
  10. ^ Clifford Owen (1969). The domestication of the ferret (dalam bahasa Inggeris). Dalam: Peter John Ucko, Geoffrey William Dimbleby (penyunting) (1969). The Domestication and Exploitation of Plants and Animals (dalam bahasa Inggeris) (terbitan persidangan). Institut Arkeologi, Universiti London. ISBN 9780715605974.
  • l
  • b
  • s
Anjing primitif
Anjing pemburu primitif
Anjing baka tempatan
Anjing liar
Baka botak
Baka pupus
  • l
  • b
  • s
Anjing pemburu bau
Anjing pemburu penglihatan
Baka pemburu jenis cur
Lain-lain
Pupus