Anjing paria

Tippy, seekor anjing baka kacuk peliharaan dari Amerika Utara, ialah seekor anjing paria betina sehingga ia mengongsi ciri dengan anjing paria India, tanpa mengira leluhur atau ceruk ekologi.

Dalam ekologi, istilah anjing paria mungkin merujuk anjing dengan gaya hidup paria: anjing bebas merantau yang menduduki "ceruk paria," yang merupakan ceruk ekologi berdasarkan sampah dari petempatan manusia. Ahli ekologi telah berkata tentang burung paria dan kucing paria. Apabila digunakan dengan cara ini, istilah ini akan menggambarkan peratusan sangat besar anjing di seluruh dunia.

Dalam kalangan pakar anjing, istilah ini merujuk banyak baka tempatan tertentu, purba, dan asli di Asia Selatan, termasuk anjing paria India, yang telah mengembangkan ciri khas untuk ceruk paria. Apabila digunakan seperti ini, istilah ini digunakan untik anjing demikian tanpa mengira gaya hidup mana-mana individu.

Pada masa lain, pakar anjing menggunakan istilah "anjing paria" untuk anjing purba atau primitif, tanpa mengira jurai keturunan atau gaya hidup.

Tambahan, istilah ini digunakan untuk mana-mana anjing yang menunjukkan "morf paria jangka panjang" (LTPM), set ciri tipikal anjing paria India, tanpa mengira gaya hidup atau leluhur.

Morf paria

Anjing baka kacuk di seluruh dunia dikatakan menunjukkan "morf paria" sehingga menyerupai anjing paria India.

  • Algeria
    Algeria
  • Amerika Syarikat
    Amerika Syarikat
  • Athens
    Athens
  • Brazil
    Brazil
  • Cuba
    Cuba
  • India
    India
  • Kanada
    Kanada
  • Malaysia
    Malaysia
  • Mesir
    Mesir
  • Moscow
    Moscow
  • Novorossiysk
    Novorossiysk
  • Sri Lanka
    Sri Lanka
  • Taiwan
    Taiwan
  • Tanjung Verde
    Tanjung Verde
  • Vrilissia
    Vrilissia

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

  • Persatuan Anjing Primitif dan Asli (Inggeris)
  • Persatuan Baka Jarang Amerika Syarikat (Inggeris)
  • United Kennel Club (Inggeris)
  • Baka Anjing Primitif dari dogsindepth.com ensiklopedia anjing dalam talian (Inggeris)