Al al-Syeikh

Al al-Syeikh
Arab: آل الشيخcode: ar is deprecated
Butiran
GelaranAl al-Syeikh
PembentukanKeturunan langsung dari Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab

Al al-Syeikh (Arab: آل الشيخcode: ar is deprecated , ʾĀl aš-Šaykh),[note 1] atau Keluarga al-Syeikh, juga ditulis dengan variasi tulisan rumi antaranya Alu al-Sheikh[note 2], Al ash-Shaykh, Al ash-Shaikh, Al al-Shaykh, atau Al-Shaykh,[note 3] merupakan sebuah kumpulan keluarga yang beragama dan memimpin di Arab Saudi. Mereka merupakan keturunan langsung daripada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab.

Di Arab Saudi, keluarga ini merupakan kumpulan kedua terkemuka selepas keluarga diraja Saudi, Al Saud. yang mana kedua-dua pengasas keluarga ini telah mengadakan penyusunan kongsi kuasa lebih 300 tahun yang lalu. Penyusunan yang dimaksudkan sebagaimana berlaku pada hari ini adalah keluarga Saud mengekalkan wewenang keluarga al-Syeikh dalam urusan agama, manakala keluarga al-Syeikh menyokong wewenang politik keluarga Saud..

Walaupun penguasaan Al al-Syeikh dalam urusan agama semakin berkurang dekad ini, mereka masih memegang beberapa jawatan agama yang penting di Arab Saudi, dan masih berkait rapat dengan Al Saud kerana banyak berlakunya perkahwinan campur antara kedua-dua belah keluarga. Disebabkan sokongan moral dan agama daripada Al al-Syeikh, penyusunan antara kedua-dua keluarga ini tetap penting dalam mengekalkan legitimasi keluaraga diraja Saud memimpin negara.

Etimologi

Nama Arab Al ash-Sheikh (آل الشيخ) diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai Keluarga Syeikh. Dalam bahasa Inggeris, ia diterjemahkan kepada family of the Sheikh[1] atau House of the Sheikh.[2] Perkataan Al, bersempena nama nenek moyang mereka, membawa maksud Keluarga atau Bani.[3] Istilah al-Syeikh pula merujuk kepada tokoh pembaharu dunia Islam, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, asal usul keluarga ini.[4] Beliau dikenali sebagai Syeikh[5], istilah penghormatan bagi seorang yang mengajar tentang Islam.[6]

Kerjasama dua keluarga

Syekh Muhammad bin Abdul Wahab datang ke pekan Diriyah bagi bertemu dengan Imam Muhammad bin Saud, pemimpin pekan berkenaan untuk meminta perlindungan.[7][8] Muhammad bin Abdul Wahab merupakan seorang tokoh agama Islam yang memulakan agenda pemurniaan agama[9]. Muhammad bin Saud membenarkannya masuk ke Diriyah. Mereka membentuk sebuah kerjasama pada 1744 atau 1745[10] yang dirasmikan semasa perkahwinan puteri Muhamad bin Abdul Wahab dengan putera Ibn Saud, Abdulaziz yang merupakan pewaris kepimpinan Ibn Saud. Selepas itu, keturunan kedua-dua mereka iaitu Al Saud dan Al al-Syeikh kekal terjalin erat. Muhammad bin Abdul Wahab menyediakan sokongan ketenteraan kepada Ibn Saud dan membantu memperluas kuasa Bani Saud di semenanjung Arab.[11]

Kerjasama ini menjadikan keluarga Saud mengekalkan wewenang keluarga al-Syeikh dalam urusan agama, manakala keluarga al-Syeikh menyokong wewenang politik keluarga Saud..

Tokoh terkemuka

Pengerusi Majlis Syura Arab Saudi, Abdullah bin Muhammad Al al-Syeikh di Dewan Senat Poland, 26 Mei 2014
Syeikh Abdullah bin Muhammad Al al-Syeikh bersama Setiausaha Luar Negara UK, William Hague di London, 5 Mac 2013
  • Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (1703–1792), pengasas keluarga ini[12]
  • Abdullah bin Muhamad bin Abdul Wahab (1752–1826), ketua urusan agama Saudi selepas kematian Syeikh Muhammad.[12]
  • Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh (1893–1969), Mufti Besar Arab Saudi dari 1953 hingga 1969[12][13]
  • Ibrahim bin Muhammad Al al-Syeikh, Menteri Kehakiman Arab Saudi (1975–1990)[14][15]
  • Syeikh Dr Abdullah bin Muhammad Al al-Syeikh, Pengerusi Majlis Syura Arab Saudi terkini, sejak 2009
  • Saleh bin Abdulaziz Al al-Syeikh, Menteri Hal Ehwal Islam Arab Saudi dari 1996 hingga 2014.
  • Syeikh Abdulaziz bin Abdullah Al al-Syeikh, Mufti Besar Arab Saudi terkini, sejak 2009[16]
  • Syeikh Dr. Abdullatif bin Abdulaziz Al al-Syeikh, Menteri Hal Ehwal Islam Arab Saudi terkini, sejak 2018.

Lihat juga

  • Sejarah Arab Saudi

Nota

  1. ^ Menggunakan perkataan Keluarga Al al-Syeikh adalah satu bentuk kelewahan kerana perkataan Al sudah bermaksud Keluarga.
  2. ^ Bagi kegunaan yang bersumberkan penulisan dari Indonesia, atau yang terpengaruh dengan pembelajaran ilmu Islam dari wilayah berkenaan.
  3. ^ Juga, Al al-Sheikh, Al al-Shaikh, Al-Sheikh, Al-Shaikh, Al-Ashaykh, Al-Ashaikh, dan Al-Asheikh, dan perkataan pertama Al juga boleh ditulis dengan Aal.

Rujukan

  1. ^ Watson, Mark (2008). Prophets and princes: Saudi Arabia from Muhammad to the present. m/s. 97. ISBN 978-0-470-18257-4.
  2. ^ Long, David E. (2005). Culture and Customs of Saudi Arabia. m/s. 11. ISBN 978-0-313-32021-7.
  3. ^ Wynbrandt, James; Gerges, Fawaz A. (2010). A Brief History of Saudi Arabia. m/s. xvii. ISBN 978-0-8160-7876-9.
  4. ^ Wilson, Peter W.; Graham, Douglas (1994). Saudi Arabia: the coming storm. m/s. 16. ISBN 1-56324-394-6.
  5. ^ Beling, Willard A. (1980). King Faisal and the modernisation of Saudi Arabia. m/s. 17. ISBN 0-7099-0137-2.
  6. ^ Long, David E. (2005). Culture and Customs of Saudi Arabia. m/s. 15. ISBN 978-0-313-32021-7.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mchale
  8. ^ Joel Carmichael (July 1942). "Prince of Arabs". Foreign Affairs. Dicapai pada 4 November 2020.
  9. ^ Pasti Liberti Mappapa (23 Jun 2020). "Sejarah Terbentuknya Kerajaan Arab Saudi". Detiknews. Dicapai pada 4 November 2020.
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama pak9
  11. ^ Historical Memorandum on the Relations of the Wahabi Amirs and Ibn Saud with Eastern Arabia and the British Government, 1800-1934. Qatar Digital Library: British Library: India Office Records and Private Papers. 1934. m/s. 2. Dicapai pada 4 November 2020.
  12. ^ a b c Commins, David Dean (2006). The Wahhabi mission and Saudi Arabia. m/s. 210. ISBN 1-84511-080-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 January 2020. Dicapai pada 20 November 2019.
  13. ^ Hatina, Meir (2008). Guardians of faith in modern times: ʻulamaʼ in the Middle East. m/s. 221. ISBN 978-90-04-16953-1.
  14. ^ Baamir, Abdulrahman Yahya (2010). Shari'a Law in Commercial and Banking Arbitration. m/s. 29 (n. 87). ISBN 978-1-4094-0377-7.
  15. ^ Long, David E. (1976). Saudi Arabia. m/s. 41. ISBN 0-8039-0660-9.; Who's who in Saudi Arabia 1983-1984, Volume 3. Jeddah: Tihama. 1984. m/s. 32.
  16. ^ Ottaway, David (2008). The King's Messenger. Prince Bandar Bin Sultan and America's Tangled Relationship with Saudi Arabia. m/s. 176. ISBN 978-0-8027-1690-3.
  • l
  • b
  • s
Rencana Arab Saudi 
Sejarah
Geografi
  • Lembah
Politik
Undang-undang
  • Undang-undang asas
  • Hukuman mati
  • Kebebasan beragama
  • Hak asasi manusia
  • Mutawin (polis agama)
  • Pasport
  • Dasar visa
Ketenteraan
Ekonomi
  • Pertanian
  • Majlis Hal Ehwal Pembangunan dan Ekonomi (Arab Saudi)
  • Tenaga
    • Simpanan minyak
    • Sejarah industri minyak
  • Pekerja asing
  • Pengairan
  • OPEC
  • Riyal (mata wang)
  • Penguasa Kewangan Arab Saudi (bank pusat)
  • Majlis TErtinggi Ekonomi
  • Tadawul (tukaran saham)
  • Telekomunikasi
  • Pelancongan
  • Transport
Masyarakat
  • Penapisan
  • Jenayah
  • Demografi
  • Pendidikan
    • Senarai universiti
  • Penjagaan kesihatan
  • Pemerdagangan manusia
  • Obesiti
  • Poligami
  • Pelacuran
  • Pengganas
    • Response to ISIL
  • Bekalan dan rawatan air
Budaya
Simbol
  • Kategori
  • Portal