Ahmad Fairuz Abdul Halim
Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim SSM, PSM; SPMK, SJMK (Kelantan); Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (Selangor); SSDK (Kedah); SSAP (Pahang); SSMZ, SPMT (Terengganu); DSDK (Kedah); DSMT (Terengganu) | |
---|---|
Ketua Hakim Negara Malaysia ke-4 | |
Dalam jawatan 16 Mac 2003 – 31 Oktober 2007 | |
Didahului oleh | Mohamed Dzaiddin Abdullah |
Digantikan oleh | Abdul Hamid Mohamad |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ahmad Fairuz bin Sheikh Abdul Halim (1941-11-01) 1 November 1941 (umur 82) Alor Setar, Kedah, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia) |
Pasangan | Toh Puan Dato' Mazni Mohamed Noor |
Anak-anak | 2 |
Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim (lahir 1 November 1941) merupakan bekas Ketua Hakim Negara Malaysia (2003 - 2007).
Kehidupan awal dan pendidikan
Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1 November 1941. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Singapura dan kemudian memperoleh Master of Laws dalam Undang-undang Antarabangsa dan Perbandingan dari Universiti Brussels, Belgium.
Kerjaya
Beliau menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia pada 4 April 1967 sebagai Pegawai Perundangan Kadet dan memegang pelbagai jawatan seperti Presiden Mahkamah Sesyen, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pengerusi Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri. Pada 1 Disember 1988, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya dan kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Pada 1 Disember 1995 beliau dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sehingga pelantikannya sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 September 2000.[1]
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan Mazni Mohamed Noor dan dikurniakan 2 anak.
Penghargaan
Penghargaan Malaysia
- Malaysia :
- Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Seri Setia Mahkota (SSM) - Tun (2005)[2]
Lihat juga
Rujukan
Didahului oleh Mohamed Dzaiddin Abdullah | Ketua Hakim Negara Malaysia 2003–2007 | Diikuti oleh: Abdul Hamid Mohamad |