Adi Putra bin Abdul Ghani

Adi Putra bin Abdul Ghani
Kelahiran (1999-01-27) 27 Januari 1999 (umur 25)
Bagan Serai, Perak, Malaysia
Pusat pendidikanSekolah Islam Antarabangsa, Gombak (berhenti belajar)
Terkenal keranaPengajaran matematik melalui algebra dan trigonometri
PasanganSiti Sarah Zulkarnain (k. 2023)
Ibu bapa
  • Abdul Ghani Abdul Wahid (bapa)
  • Serihana Elias (ibu)

Adi Putra Abdul Ghani (lahir 27 Januari 1999)[1] merupakan seorang kanak-kanak prodigi Malaysia.[2] Beliau terkenal dengan kemahiran dan penyelesaiannya dalam pengajaran matematik menerusi algebra dan trigonometri.

Biografi

Beliau dilahirkan di Bagan Serai, Perak dan mahir dalam bidang matematik terutamanya algebra, trigonometri dan darab antara 5 hingga 6 digit. Anak kepada Abdul Ghani Abdul Wahid dan Serihana Elias, Adi Putra dinamakan sempena nama kepada guru silat pahlawan-pahlawan dalam sejarah melayu pada zaman Hang Tuah. Kepintaran beliau dikesan oleh keluarganya sejak Adi berusia empat tahun, ini kerana apabila beliau berjaya menyelesaikan masalah matematik abang sulungnya, Amirul Izuan.[3]

Beliau pernah belajar di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak pada tahun 2006 sebelum berhenti belajar selepas empat bulan[4] kerana mendakwa sistem pendidikan sedia ada dikatakan tidak sesuai dengannya.[5][6] Beliau memberi perumpamaan dirinya bagai "kereta Ferrari yang dipandu seperti kereta Kancil" kerana memikirkan tidak sesuai baginya "[dibuat] macam budak darjah satu".[1] Kemudian, beliau mengikuti pembelajaran selama dua tahun di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) namun tidak mendapat sijil sah pengajian peringkat A-level atas faktor umurnya ketika itu.[6]

Pada tahun 2011, beliau melancarkan buku pertamanya yang bertajuk Seni Matematik Islam sempena Pesta Pameran Buku Antarabangsa 2011.[7] Beliau telah memulakan sebuah seminar matematik sendiri yang diberi nama "Adimatik" di bawah kelolaan syarikatnya, Adimatik Genius Solutions.[8][9]

Adi Putra pernah menghasilkan produk makanan tambahan di bawah jenamanya sendiri, Adi-Q yang bantu memulihkan tekanan yang dihadapinya pada ketika itu. Ia pernah mencetuskan kontroversi apabila dirampas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana didapati mengandungi steroid.[10]

Beliau pernah menerima tajaan daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan Yayasan Tenaga Nasional bagi menampung pembelajarannya di peringkat A-level di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).[11]

Bibliografi

  • Adi Putra Abdul Ghani (2 Mei 2011). Seni Matematik Islam: Generasi Genius. Selangor: Adi Putra Genius Matematika. ISBN 9789671039106. OCLC 822493064.CS1 maint: date and year (link)

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b Zamri Rambli (27 Januari 2008). "Keistimewaan lain Adi Putra". Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 1 September 2018.
  2. ^ Hasbullah Awang Chik (25 Mei 2015). "The forgotten child genius" [Budak genius yang dilupakan]. The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 November 2015.
  3. ^ Freddie Aziz Jasbindar (29 Disember 2018). "Adi Putra, Genius Matematik Dari Bagan Serai". Orang Perak. Dicapai pada 29 Disember 2018.
  4. ^ Lim, Jason (22 Februari 2019). "The universal language of numbers" [Angka, bahasa melangkaui sempadan]. the Sun daily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 November 2019.
  5. ^ "Adi Putra pilih Sekolah Islam Antarabangsa". Utusan Malaysia. 26 Mac 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 1 September 2018 – melalui Utusan Online.
  6. ^ a b Ariffuddin Ishak (4 Mac 2015). "Adi Putra - Genius Tak Diiktiraf". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 1 September 2018.
  7. ^ "Buku 'Seni Matematik Islam' Adi Putra Dilancar". mSTAR Online. BERNAMA. 2 Mei 2011. Dicapai pada 17 November 2019.
  8. ^ Muhammad Shamsul Abd Ghani (6 Februari 2017). "Adi Putra jawab kehilangannya". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 1 September 2018.
  9. ^ Nurul Hidayah Abdullah (4 Julai 2017). "Adi Putra bimbing pelajar minat matematik". Kosmo! Online. Foto oleh Suriya Bonma. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 1 September 2018.
  10. ^ Ariffuddin Ishak (5 Mac 2015). "Susah jadi Adi Putra". mSTAR Online. Dicapai pada 17 November 2015.
  11. ^ Ariffuddin Ishak (6 Mac 2015). "Adi Putra kecewa dianaktirikan". mSTAR Online. Dicapai pada 17 November 2015.

Pautan luar