Abdul Shukor Abdullah

Tan Sri Dr Abdul Shukor Bin Abdullah yang berasal dari Gopeng, Perak mula berkhidmat sebagai Pro-Canselor di Universiti Pendidikan Sultan Idris sejak 2008 hingga pemergian beliau ke Rahmatullah pada 2011. Beliau juga dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara Perak sejak Mac 2010.

Abdul Shukor, pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mulai 29 April 1998 hingga 7 Februari 2000. Beliau turut aktif dalam badan-badan antarabangsa dan nasional iaitu sebagai Ketua Dewan Buku Nasional, Anggota Majlis Biro Antarabangsa Pendidikan (IBE), Ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam (ICESCO), Presiden Persekutuan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Asia (ASFF), dan ahli-ahli Dewan Universiti di Universiti Utara Malaysia (1995-1998), Universiti Sains Malaysia (1998-2001) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (1998-2001).

Beliau juga merupakan pengetua pertama Sekolah Menengah Sains Kedah sebelum ditukarkan nama kepada Sekolah Sultan Mohamad Jiwa. Kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.

Meninggal dunia

Beliau meninggal dunia pada awal pagi 31 Ogos 2011 pada usia 69 tahun. Jenazah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Asam Kumbang, Taiping, Perak. Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah berangkat menziarahi dan memberi penghormatan terakhir, serta bersama-sama menyembahyangkan jenazah Allahyarham.

Kemudian, jenazah Allahyarham yang dibawa dari Taiping, terlebih dahulu disembahyangkan sekali lagi di Masjid Putra sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya selepas solat Asar.[1]

Rujukan

  1. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2011/08/31/jenazah-procanselor-upsi-dr-abdul-shukor-dikebumikan
  • l
  • b
  • s
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
  1. Joseph Norman Davies (1959)
  2. D.H. Christie (1960)
  3. Aminuddin Baki (1961-1965)
  4. Hamdan Sheikh Tahir (1966-1976)
  5. Murad Mohamed Noor (1976-1985)
  6. Abdul Rahman Arshad (1985-1991)
  7. Asiah Abu Samah (1991-1993)
  8. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1993-1997)
  9. Matnor Daim (1997-1998)
  10. Abdul Shukor Abdullah (1998-2001)
  11. Abdul Rafie Mahat (2001-2005)
  12. Ahmad Sipon (2005-2007)
  13. Alimuddin Mat Dom (2007-2010)
  14. Abdul Ghafar Mahmud (2010-2013)
  15. Khair Mohamad Yusof (2013-2017)
  16. Amin Senin (2017-2019)
  17. Habibah Abdul Rahim (2020-2021)
  18. Nor Zamani Abdol Hamid (2021-2022)
  19. Pkharuddin Ghazali (2022-kini)